PENTAS

PENTAS

Share

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM

Photos from PENTAS 's post 27/10/2025

✨ SEMBANG SANTAI PENTAS @ KAMPUS PAGOH ✨
27 Oktober 2025 | Bilik Mesyuarat 4, UTHM Kampus Pagoh

Alhamdulillah, Program Sembang Santai PENTAS bersama warga pentadbir di Kampus Pagoh telah berlangsung dengan penuh mesra dan bermanfaat.

Program ini memberi ruang kepada ahli PENTAS untuk berkongsi pandangan, bertukar idea serta mendapatkan bimbingan secara langsung daripada pentadbir senior berkenaan isu kebajikan dan kerjaya.

Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator, ahli yang hadir serta semua pihak yang membantu menjayakan sesi ini.

Semoga usaha seperti ini terus memperkasa komuniti pentadbir ke arah yang lebih kompeten, berdaya saing dan cemerlang! πŸ’ͺ🏼

Photos from PENTAS 's post 07/09/2025

PROGRAM CSR WARISAN EKOLOGI – PULAU REDANG
πŸ“… 5 – 7 September 2025
πŸ“ Pulau Redang, Terengganu

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM dengan sokongan MASTI dan UTHM telah berjaya melaksanakan Program CSR Warisan Ekologi di Pulau Redang.

Program ini memberi penekanan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan pantai, khususnya ekosistem marin dan pemuliharaan penyu laut dengan kerjasama Sea Turtle Research Unit (SEATRU), sebuah unit penyelidikan di bawah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Melalui program ini peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai konservasi penyu serta cabaran kelestarian hidupan marin. Program disertai seramai 15 orang ahli PENTAS

Antara aktiviti utama yang dijalankan:

🐠 Pengenalan kepada ekosistem marin Redang
🐒 Pemindahan telur dan pelepasan anak penyu
🐠 Aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan pantai

Selain menambah ilmu, program ini juga menyemai rasa tanggungjawab dan cinta terhadap alam sekitar dan pemeliharaan penyuπŸ’š.

Tahniah & terima kasih kepada semua peserta yang komited menjayakan inisiatif murni ini. Semoga usaha ini memberi impak besar kepada kelestarian warisan ekologi negara!

21/08/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 9 orang staf UTHM yang menerima Watikah Kenaikan Pangkat pada 20 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, PTTA.

πŸ‘ Senarai penerima:
1️⃣ En. Anuar bin Othman – Pegawai Senireka (B13)
2️⃣ Pn. Hanisyarina binti Md Ali @ Jaafar – Pegawai Teknologi Maklumat (F12)
3️⃣ Pn. Nafisah binti Hamzah – Pegawai Undang-undang (L12)
4️⃣ En. Ezuan bin Jamil – Timbalan Pendaftar (N12)
5️⃣ Pn. Zarani binti Said – Timbalan Pendaftar (N12)
6️⃣ Dr. Ikram Syah bin Mokhtar – Timbalan Pendaftar (N12)
7️⃣ Pn. Nor Suhailah binti Mohamad – Timbalan Pendaftar (N12)
8️⃣ Ts. Ng Wee Fern – Timbalan Pendaftar (N12)
9️⃣ Pn. Zurina binti Muhammad @ Shamsudin – Pegawai Hal Ehwal Islam (S12)

Semoga kenaikan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, berintegriti dan berdaya saing demi kecemerlangan UTHM.

πŸ’™β€οΈ

Want your organization to be the top-listed Government Service in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400