PAS DUN Batu Rakit

PAS DUN Batu Rakit

Share

Maklumat rasmi & terkini daripada PAS Batu Rakit

Photos from Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu's post 02/04/2026
Photos from TV PAS's post 08/04/2025
20/02/2025

"Untung rugi syarikat ni normal lah" – katanya.

Kata-kata itu betul kalau nak sedapkan hati. Tapi kalau buat alasan macam ni dalam menguruskan syarikat, alamatnya lingkup lah jawabnya.

Harapnya kerajaan negeri sekarang tak ada pemikiran seperti ini.

Bila pemikiran 'rugi itu normal' dijadikan pegangan, maka syarikat pun akan terus-menerus rugi, sedar-sedar dah terkumpul kerugian berpuluh juta.

Paling malang, bukan sekadar rugi, tapi disaman p**a oleh syarikat lain dan kontraktor kerana pemikiran tadi.

Kes ini pernah berlaku di negeri kita. Di saat negeri ada banyak peluang dan kelebihan untuk maju, seperti:

1️⃣ Tempoh masa panjang (2005-2017) untuk bangunkan syarikat.
2️⃣ Tiada krisis politik.
3️⃣ Tiada krisis kesihatan (PKP).
4️⃣ Kerajaan negeri & persekutuan sehaluan – dari parti sama, tak ada alasan kerajaan pusat sekat dana.
5️⃣ Wang royalti minyak penuh diterima.

Malangnya, segala kelebihan ini macam tak membawa makna.

Malah, dulu banyak syarikat kerajaan negeri berjaya mencipta ‘rekod’ – mengumpul kerugian berpuluh juta.

Akhirnya, pada 2019, terpaksa dibuat penstrukturan semula sebab tak sanggup lagi tanggung 'kepakaran mengurus yang luar biasa ini'.

Hasilnya, kerugian yang dikumpul bertahun-tahun mula berkurang – walaupun keuntungan masih jauh dari kelihatan.

Bagi Hotel Primula, inilah data keuntungan yang ada – tak termasuk ‘warisan’ kerugian sebelum ini.

Semoga anak-anak syarikat Terengganu terus maju.

Kita tak minta sempurna 100%, kita tahu ia mustahil, tapi cukuplah manfaatkan peluang yang ada.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Batu Rakit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Batu Rakit
21020