25 RAMD

25 RAMD

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 25 RAMD, Military Base, BATALION KEDUA PULUH LIMA, REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, KEM BENTONG, Bentong.

Photos from 25 RAMD's post 14/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 11 ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„ π‹π€π“πˆπ‡π€π ππ„ππˆππ†πŠπ€π“π€π π“π„πŒππ”π‘ (𝐋𝐏𝐓) 25 π‘π€πŒπƒ

GEMAS, 11 April 2026 - Kecekapan dan kredibiliti warga Sentiasa Sedia terus diperkasakan menerusi lawatan oleh Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged yang diiringi oleh Leftenan Kolonel Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD ke Latihan Peningkatan Tempur (LPT) 25 RAMD Tahun 2026.

Sepanjang latihan, pelbagai modul telah dilaksanakan merangkumi Latihan Tembak Tempur Individu (LTTI) dan Latihan Tembak Tempur Tim (LTTT). Antara senjata yang terlibat termasuklah Anti Kereta Kebal, Senjata Berat, Mortar 81mm dan Sniper. Latihan ini menekankan aspek ketepatan, kepantasan serta koordinasi dalam situasi medan sebenar. Selain itu, latihan turut menguji keupayaan anggota dalam membuat keputusan di bawah tekanan.

Atur cara lawatan Panglima 11 Bgd dimulakan dengan sesi pengenalan sasaran lapang sasar sebelum diteruskan dengan demonstrasi latihan secara langsung. Pelbagai aktiviti dipersembahkan termasuk pengenalan sasaran, latihan senjata serta sesi menembak sniper. Lawatan ini juga memberi peluang kepada Panglima 11 Bgd untuk menilai prestasi anggota secara dekat. Sesi diakhiri dengan ucapan serta jamuan makan tengah hari bersama semua yang terlibat.

Secara keseluruhannya, LPT 25 RAMD Tahun 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tempur, malah memperkukuhkan disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota. Sokongan logistik dan pentadbiran yang mantap turut menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan. Diharapkan latihan seumpama ini akan terus diperkasakan demi memastikan kesiapsiagaan warga Sentiasa Sedia sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Photos from 25 RAMD's post 18/03/2026

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π€π–π€πŒ π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π€π†πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ

BENTONG, 17 Mac 26 - Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan Awam Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Pengagihan Bubur Lambuk yang masing-masing telah dilaksanakan di Padang Kawad dan Balai Pengawal Pasukan. Kedua-dua acara ini telah disempurnakan dengan kehadiran Leftenan Kolonel Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD.

Tujuan pemeriksaan kenderaan awam ini dijalankan adalah sebagai salah satu langkah pencegahan awal bagi memastikan keselamatan serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku semasa musim perayaan yang bakal menjelang. Hasil pemeriksaan mendapati semua kenderaan berada dalam keadaan baik dan tiada masalah kritikal atau berisiko tinggi yang dikesan.

Pemeriksaan diakhiri dengan penyampaian amanat oleh Pegawai Memerintah 25 RAMD. Beliau menekankan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di atas jalan raya. Beliau turut megingatkan warga Ayam Sabung agar menjauhi sebarang gejala tidak bermoral yang boleh menjejaskan diri serta nama baik pasukan. Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Ayam Sabung.

Kemuncak kepada acara adalah pengagihan bubur lambuk. Bubur lambuk telah diagihkan sendiri oleh Pegawai Memerintah kepada seluruh anggota warga Ayam Sabung sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan.

Photos from 25 RAMD's post 17/03/2026

π‘π€πŒπ€πƒπ€π πƒπˆπ‚πˆππ“π€πˆ, 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋 - 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πƒπˆπ’π€ππ‰π”ππ†πˆ

BENTONG, 16 Mac 2026: Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak dan peristiwa agung Nuzul Al-Quran, Pasukan 25 RAMD telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Nuzul Al-Quran bertempat di Surau Al-Falah, 25 RAMD. Majlis disempurnakan dengan kehadiran Leftenan Kolonel Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD dan Puan Norzaura binti Abd Rahman, Pengerusi BAKAT 25 RAMD. Majlis ini juga telah dihadiri oleh seluruh warga 25 RAMD.

Program ini merupakan kemuncak kepada Program Tadarus Al-Quran yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Di samping itu, program ini turut menjadi wadah dalam memperkukuhkan penghayatan kerohanian serta menyemarakkan lagi syiar Islam dalam kalangan seluruh warga 25 RAMD.

Sebagai tanda penghargaan, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif mereka sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Majlis diakhiri dengan ucapan Pegawai Memerintah. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar seluruh pegawai dan anggota sentiasa berusaha mempelajari, memperbaiki bacaan serta memperbanyakkan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian, khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, agar Al-Quran bukan sahaja dibaca tetapi turut difahami dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja berjaya memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga pasukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Photos from 25 RAMD's post 09/03/2026

πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€β€™πˆπ„ π–πˆπ’πŒπ€ ππ„π‘π–πˆπ‘π€ 25 π‘π€πŒπƒ 2026

BENTONG, 7 Mac 2026 – Wisma Perwira Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Wisma Perwira 2026. Majlis ini telah dilasanakan di Wisma Perwira 25 RAMD.

Majlis yang bertemankan Arabic ini telah disempurnakan dengan kehadiran Leftenan Kolonel Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD dan Puan Norzaura binti Abd Rahman, Pegerusi BAKAT 25 RAMD. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Pegawai dan Ahli BAKAT 25 RAMD.

Majlis berbuka puasa ini bertujuan menyemarakkan lagi ukhwah serta esprit de corps di kalangan Ahli Wisma Perwira 25 RAMD. Majlis ini juga telah menyaksikan penyerahan cenderahati kepada semua Pertugas Wisma Perwira sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang jitu dalam memastikan kelangsungan Wisma Perwira 25 RAMD.

Pegawai Memerintah dan Pengerusi BAKAT turut meluangkan masa menunaikan solat Maghrib dan Isyak, serta solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama Ahli Wisma dan Ahli BAKAT.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Bentong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Website

Address


BATALION KEDUA PULUH LIMA, REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, KEM BENTONG
Bentong
28700