Alumni PASTI Parit

Alumni PASTI Parit

Share

Page Official NGO Alumni PASTI Parit yang ditubuhkan bagi bersama sama dalam membantu menyumbang pem

19/02/2021

*RAYUAN SUMBANGAN DANA INFAQ PEMBANGUNAN BAIKPULIH PASTI ANNUR*

Assalamualaikum.

JK kerja PASTI Kawasan (Parit) melancarkan kutipan "Dana Infaq Pembangunan PASTI ANNUR FASA 1". Kami merayu sumbangan orang ramai bagi membantu kos baikpulih FASA 1, yang dianggarkan jumlahnya sekitar RM30,000.00.

Sumbangan ikhlas tersebut boleh digunakan untuk :

✅ Membantu baikpulih bangunan dan renovation tambahan bagi menampung bilangan murid dan keselesaan kpd Murid dan Guru.

Sumbangan ikhlas anda walaupun *sedikit nilainya* tetapi *besar maknanya* kepada Pihak PASTI.

Semoga usaha anda mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Amin.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :

Akaun AGRO BANK atas nama
*PASTI ANNUR PARIT*

*200-5423-00005-6452*

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada :

*Cikgu Aida Royani (Guru Kanan)*
http://www.wasap.my/60147426605/SumbanganAnnur

*Sdr. Khairil (Bendahari Kawasan)*
http://www.wasap.my/601158574614/InfaqAnnur

* *
* *
* *
* *
* *

30/07/2020

PENGORBANAN NABI ISMAIL : INSPIRASI BUAT ANAK PASTI

Raya Haji sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail a.s. Ibadah korban dimanifestasi dari pengorbanan Nabi Ismail a.s menyerahkan dirinya untuk dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim a.s selepas menerima perintah dari Allah SWT melalui mimpinya.

Allah SWT jelaskan dalam Al Quran perihal dua beranak ini yang tinggi ketaatannya kepada Allah SWT sehingga sanggup dikorbankan. Ketinggian ketaatan inilah menjadi inspirasi kepada para pendidik serta anak-anak PASTI agar turut menjadi insan yang patuh dan taat pada perintah Allah.

Warga Mualimah PASTI meletakkan satu kayu ukur yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Iaitu didikan sehingga anak-anak menjadi insan yang patuh dan taat pada Allah seperti yang ditunjukkan dari peristiwa Nabi Ismail a.s.

Nabi SAW mengajar kita, didikan kepada anak-anak adalah suatu sunnah Nabi yang tidak boleh dipandang sebagai suatu yang remeh. Nabi SAW sendiri mengajar sahabat bernama Abdullah Ibnu Abbas saat beliau masih di awal umur kanak-kanak.

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ: يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ

Dari Abi al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a dia berkata : Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah SAW (atas kenderaan tunggangan), lalu Baginda bersabda :

"Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kalimah iaitu jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan merasai Allah dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.

Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak mampu memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudharatkanmu maka mereka tidak mampu memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta"

Semoga kisah ketaatan Nabi Ismail a.s terus menjadi inspirasi kepada anak-anak PASTI. Dalam usaha mempersiapkan diri menjadi hamba Allah SWT yang taat akan segala perintah-Nya pada hari-hari mendatang.

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pengarah PASTI Malaysia

20/07/2020
Hafizh Syahrin keenam Moto GP Sepanyol 20/07/2020

Hebat anak didik PASTI

Hafizh Syahrin keenam Moto GP Sepanyol Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol ...

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Bota?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Markaz Tarbiyah PAS Parit, Batu 29, Kg Titi Gantong
Bota
32600