Bicara Labur
Bicara Labur adalah warung bagi anda mendalami perihal kewangan yang meliputi Takaful, Simpanan dan Pelaburan Patuh Syariah sahaja.
26/09/2022
Takkan Nak Akses dan Info Kewangan pun kena bayar?
Bicara Labur akan hidangkan.
Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.
29/04/2021
7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan
=============================
Selaku seorang Perunding Takaful dan Perancang Kewangan, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.
Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful adalah merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen dalam pengurusan kewangan.
Secara umumnya, asas pengurusan kewangan boleh saya simpulkan kepada 7 Langkah dan Peringkat,
1. PENDAPATAN (Income)
Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada PEKERJAAN seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
2. SIMPANAN (Saving)
Ia menjadi TERAS kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya. Amalan perancangan kewangan yang baik memerlukan setiap dari kita agar mempunyai SIMPANAN KECEMASAN untuk menghadapi keadaan kewangan yang tidak dijangka dengan memperuntukkan SIMPANAN berjumlah 3-6 bulan PENDAPATAN kita selama sebulan. Jika pendapatan kita RM3,000 sebulan maka sebaik-baiknya kita memperuntukkan SIMPANAN sebanyak RM18,000 untuk TABUNG KECEMASAN.
3. PERBELANJAAN (Expenses)
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Tetapi, yang sepatutnya ialah;
PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
4. PERLINDUNGAN (Protection)
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi PERLINDUNGAN kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah TAKAFUL.
5. PELABURAN (Investment)
INFLASI akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk MENINGKATKAN PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
6. PENYUCIAN (Purification)
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan ZAKAT untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan SUCI. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
7. PEMBAHAGIAN (Distribution)
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain p**a. Jadi di sinilah fungsi WASIAT dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.
HIBAH dalam Takaful boleh dijadikan wang segera untuk waris dan tidak perlu pembahagian secara faraid seperti wasiat. Dengan wang segera inilah boleh digunakan untuk kegunaan kos pengurusan pembahagian harta mengikut faraid.
Jom rancang harta pusaka sebelum ia menjadi harta puaka.
Wallahu'alam.
18/04/2021
Bila agaknya umur yang sesuai untuk mula melabur?
Infografik ringkas di bawah mungkin boleh membantu anda membuat keputusan terbaik. Berikut adalah gambaran bagaimana Azlan yang membuat pelaburan di awal usia berjaya menjana potensi p**angan yang lebih baik berbanding dengan Nazri yang hanya mula melabur pada umur 45 tahun (15 tahun lebih lewat berbanding Azlan).
Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan dana unit amanah, anda boleh cuba membuat kiraan sendiri melalui kalkulator pelaburan yang disediakan kami melalui capaian:
https://www.pmbinvestment.com.my/how-to.../investment-tools/
Tiada istilah "TERLEWAT" dalam memulakan pelaburan. Cuba tanya diri anda; jika bukan sekarang, bila lagi?
Dengan modal permulaan serendah RM100.
Rujuk gambar kedua.
Sebenarnya anda tidak perlu buat pemotongan sampai tua pun. Konsisten simpan dalam 2 tahun pertama sahaja. Kemudian kita review akaun anda sama ada nak teruskan pemotongan atau rileks dulu. Kita tengok keadaan semasa. Rugi ke simpan lama-lama? Anda boleh tengok graf untuk 20 tahun.
Memang semuanya menjana untung.
Nak tahu lebih lanjut?
Konsultan kami di sini bersedia untuk anda.
Menyimpan di Unit Trust ini santai, tiada komitmen perlu diwujudkan dan tidak masuk rekod bank.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Melaka
Bukit Baru