Sue Takaful

Sue Takaful

Share

PruBSN Takaful Agent

28/07/2025

Kalau kita boleh tahu lebih awal, mungkin nyawa mak masih ada.

Kini, di luar negara, saintis bangunkan teknologi AI bernama AsymMirai. Bukan AI biasa. Ia boleh ramal risiko kanser payudara 5 tahun sebelum kanser muncul, hanya dengan mamogram.

Bukan tunggu nampak ketumbuhan. Tapi kesan corak halus yang tak dapat dilihat mata manusia.
Bayangkan, betapa awalnya peluang untuk bertindak.

Tapi realitinya di Malaysia, teknologi seperti ini belum lagi sampai ke hospital kita.
Apa yang ada sekarang?
📌 Mamogram biasa
📌 Sesetengah hospital mula guna AI untuk bantu doktor baca gambar dengan lebih tepat
Tapi sistem yang boleh “melihat masa depan”? Belum lagi.

Tapi jangan tunggu teknologi canggih baru nak bertindak. Apa yang kita ada sekarang masih boleh selamatkan nyawa, kalau kita guna tepat pada masanya.

- Wanita 50 tahun ke atas, buat mamogram setiap 2 tahun.
- Ada sejarah keluarga? Bincang dengan doktor, mungkin perlu mula lebih awal.
- Jangan tunggu sakit. Saringan bukan untuk cari penyakit, tapi untuk beri kita peluang hidup lebih lama.

Teknologi boleh tunggu. Tapi nyawa, tidak.

16/03/2025

Sekumpulan pelajar dipaksa melakukan tekan tubi 200 kali sebagai tindakan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dalam satu insiden buli di sekolah.

Bunyi seperti latihan fizikal biasa, tapi realitinya? Boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang akut yang ramai tidak tahu,

Rhabdomyolysis berlaku apabila otot yang dipaksa bekerja secara berlebihan akan mengalami koyakan kecil atau pecah.
Bila otot rosak, ia melepaskan bahan toksik seperti myoglobin ke dalam darah. Myoglobin ini adalah protein dari otot yang sangat pekat dan melekit. Ia kemudiannya menyumbat buah pinggang, menyebabkan kegagalan buah pinggang akut yang boleh mengancam nyawa.

⚠️ Tanda-tanda bahaya selepas melakukan aktiviti fizikal ekstrem:
🔸 Otot terasa sakit luar biasa, bengkak atau keras
🔸 Lemah teruk hingga sukar bergerak
🔸 Air kencing gelap seperti teh , tanda buah pinggang mula terjejas

Jika mengalami simptom ini selepas aktiviti fizikal berat, dapatkan pemeriksaan segera.

Buli bukan sekadar penderaan mental, tetapi boleh menjadi penderaan fizikal yang membahayakan nyawa. Laporkan. Jangan berdiam diri.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bukit Mertajam