Raghadah Rafi

Raghadah Rafi

Share

Let’s plan your 1st MILLION .( CREATE . PROTECT . PRESERVE .)

17/04/2023

🎶🎶

Share on WhatsApp 13/08/2022

*PERBEZAAN PELABURAN DENGAN ILMU DAN TANPA ILMU*

Zamri, Abu dan Salimon berumur 30 tahun. Ketiga-tiga mereka mampu simpan sekitar RM500 setiap bulan. Target simpanan selama 10 tahun. Tapi ketiga-tiga mereka menggunakan strategi berbeza. Pengiraan di bawah dibuat berdasarkan dividen 5.5% dan bank profit 3.95%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

*Zamri - Simpanan ASB Biasa*

Zamri memilih simpanan ASB biasa tanpa melibatkan pembiayaan bank. Katanya rugi buat ASBF sebab nanti bank kenakan interest. Jadi Zamri simpan setiap bulan RM500 dalam ASB Biasa.

Jumlah simpanan: 500 x 120 = RM60,000

Hasil simpanan:
Duit pokok: RM60,000
Dividen: RM19,535
Jumlah: RM79,535✓

*Abu - Teknik Palatao*

Abu memilih Teknik Palatao kerana tak mahu bank untung banyak. Abu apply untuk tempoh pendek iaitu 10 tahun sahaja. Interest yang dia bayar kepada bank pun tak banyak. Jadi dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan, Abu apply ASBF;

▪️Sijil ASBF 50K
-Tempoh 10 tahun
-Rate 3.95%
-Bulanan RM506
-Jumlah bayaran: RM506 x 120 = RM60,720

▪️Abu bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Abu;

Dividen: RM35,407
Prinsipal: RM50,000 (habis bayar)
Jumlah: RM85,407 ✓

*Salimon - The Power of Volume*

Salimon taknak buat palatao. Dia belajar cara untuk memaksimumkan hasil simpanan. Salimon tak kisah jika interest yang dikenakan banyak sebab tempoh yang panjang. Yang penting hasil simpanan beliau lebih banyak. Bank untung atau rugi, Salimon tak peduli. Jadi Salimon memanfaatkan konsep The Power of Volume.

Konsep the power of volume ini membolehkan Salimon memiliki sijil ASB yang besar dengan komitmen bulanan yang rendah. Jadi Salimon akan mendapat jumlah dividen setiap tahun yang lebih banyak dengan simpanan bulanan yang rendah. Salimon tahu dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan dan umur 30 tahun, beliau boleh apply;

▪️Sijil ASBF RM120K
-Tempoh 40 tahun (berhenti selepas 10 tahun)
-Rate 3.95%
-Bulanan RM499
-Jumlah bayaran: RM499 x 120 = RM59,880

Salimon bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Salimon;

Dividen: RM84,977
Prinsipal: RM120,000 - 105,000 (Baki Hutang Pokok) = RM15,000
Jumlah: RM99,977✓

Nota: Disebabkan Salimon buat tempoh panjang iaitu selama 40 tahun dan berhenti selepas 10 tahun, anggaran baki hutang pokok adalah sebanyak RM105,000. Jadi prinsipal yang diperoleh hanya RM15,000. Tetapi, disebabkan kuasa volume, sijil bernilai RM120K memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM84,977. Jadi, pulangan keseluruhan Salimon adalah yang tertinggi.

*Kesimpulan:*

▪️Jelas simpanan menggunakan pembiayaan bank adalah lebih menguntungkan berbanding simpanan cash secara biasa.

▪️Abu vs Salimon: Walaupun bayaran bulanan (modal simpanan) Salimon lebih rendah berbanding Abu, hasil simpanan Salimon jauh lebih tinggi.

▪️Salimon mempunyai simpanan RM14K lebih banyak daripada Abu.

▪️Walaupun Abu dan Salimon menggunakan cara yang sama, tetapi Salimon menggunakan strategi yang lebih menguntungkan. Jadi jelaslah strategi Salimon lebih bijak berbanding Abu dan Zamri.

▪️Dalam pelaburan, belajar dulu teknik-teknik untuk memaksimumkan untung, jangan buat palatao macam Abu. Zamri tu kita tolak tepi saja tak perlu diberi perhatian.

▪️Strategi yang paling penting adalah tarik tempoh sepanjang yang mungkin, supaya dapat volume sijil ASB yang besar dan bayaran bulanan yang minimum. Lepas tu kalau nak berhenti pada bila-bila masa pun boleh. No problem. So bila dah tau cara untuk maksimumkan keuntungan, jangan lah ikat tempoh pendek lagi. Itu tak cerdik namanya... hahaha... kalau dah terbuat sebelum ni takpa lah... masa tu belum tahu teknik yang betul lagi...

_Nota: Palatao, berasal dari perkataan “kepala tahu”, ialah slanga yang datang dari loghat Utara yang bermaksud “buat kepala sendiri”, atau berpura-pura tahu. Janganlah jadi orang palatao_ 😆

📌 Bagi sesiapa yang nak buat simpanan, boleh terus wasap saya. Saya akan guide untuk dapatkan keuntungan maksimum mengikut umur dan kemampuan simpanan masing-masing. Klik link di bawah;

Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bukit Mertajam
13700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00