Akademi KAFFAH
Kepakaran kami ialah membantu anda untuk baiki bacaan Quran dari ZERO to PRO.. Jom Like & Follow kami
15/07/2026
6 Doa Pendek Rabbana
Al-Quran untuk diamalkan. Antara cara beramal dengan al-Quran adalah menggunakan doa-doa yang terkandung dalamnya.
Subhanallah, setiap hal mustahak manusia, Allah sudah sediakan doa untuknya. Sebutlah apa sahaja. Hendak zuriat, ada doanya. Hendak berjaya dalam suatu urusan, ada doanya. Hendak selamat daripada bahaya, ada doanya.
Ayuh kita hafal dan amal enam rabbana berikut. Pendek-pendek sahaja.
.............................................................................
Doa Memohon Dimudahkan Urusan
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-kahfi 18: 10)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.
.............................................................................
Doa memohon kemenangan dan mendapat keputusan terbaik
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim.” (Surah al-A’raf 7: 89)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.
.............................................................................
Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” (Surah al-Baqarah 2: 250)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera Jalut.
.............................................................................
Doa agar tidak termasuk golongan jahat
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.” (Surah al-A‘raf 7: 47)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh ashabul A‘raf ketika melihat ahli neraka.
.............................................................................
Doa berserah kepada Allah
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Surah al-mumtahanah 60: 4)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.
.............................................................................
Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 201)
11/07/2026
SISTEM KELAS MENGAJI ONLINE KAEDAH KAFFAH..
Proses yang perlu dilalui oleh para pelajar sebelum mengikuti mana-mana kelas..
1. TAKLIMAT :
Sebelum pelajar membuat pendaftaran kelas, mereka wajib mengikuti Taklimat khas yang diterangkan secara terperinci berkaitan
i. Proses Perjalanan kelas.
ii. S.O.P Kelas dan lain-lain lagi..
Akademi KAFFAH mengamalkan konsep bisnes yang berteraskan nilai kejujuran dan prinsip ketulusan dalam muamalah perniagaan, bagi mengelakkan kesalahan faham dan kesamaran dalam maklumat yang membuatkan pelanggan rasa tidak berpuas hati selepasnya..
Kami menerangkan secara terperinci dan membuka ruang dan peluang sepenuhnya untuk pelanggan bertanya tentang apa-apa perkara yang masih samar dan tidak faham..
Setelah TAKLIMAT itu, kami menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada pelanggan tanpa memaksa..
Keputusan yang boleh diambil oleh pelanggan untuk meneruskan atau menarik diri sebelum membuat sebarang komitmen yang tidak akan merugikan mereka..
Jika mereka bersetuju dengan syarat, peraturan, sistem kelas, bayaran, silibus@modul maka mereka boleh meneruskan langkah berikutnya..
Proses taklimat ini adalah proses tapisan awal untuk memilih pelajar yang boleh mengikuti dan mematuhi semua sistem KAFFAH..
Kami tidak akan rugi apa-apa pun jika pelanggan menarik diri pada peringkat awal ini, kerana kita yakin konsep rezeki dan target customer yang ditetapkan oleh KAFFAH, yang tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar serta masalah di masa hadapan..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No. 469 (First Floor & Second Floor), Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000