Zan.Hf Auto Service
Promosi Pembukaan ZanHf Auto 1 OKTOBER 2014
31/01/2019
Saya nak berkongsi 7 TIP PENJAGAAN KERETA. Especially untuk kaum Hawa di luar sana. Supaya nanti kalau apa2 jadi anda tau nak buat apa, sekurang-kurangnya adalah juga ilmu yg anda dapat. Sebab saya rasa ramai kaum Hawa yg tau start enjin terus jalan.
1.PENJAGAAN MINYAK HITAM.
Tip 1 :
Penjagaan Minyak Hitam atau Minyak Enjin. First thing first, this is the most important part dalam nadi sesebuah kereta. Lambat tukar, ini lah punca fuel consumption meningkat. Ada banyak jenis minyak dan brand di luar sana.
Ada 3 based minyak fully synthetic, semi synthetic dan mineral. Ouhh jangan lupa tukar OIL FILTER sekali ya, untuk enjin oil mineral sekali tukar jangka hayat dalam 5000km.
2. PENJAGAAN AIR RADIATOR.
Tip 2 :
Ini pun penting juga. Sebelum anda kena keluar duit beribu-ribu disebabkan overheat, check cepat Air Radaitor korang. Fungsi air Radiator ini untuk menyejukkan enjin kereta yang sangat panas.
3. PENJAGAAN TEKANAN UDARA TAYAR.
Tip 3 :
Kekurangan angin pada tayar boleh menyebabkan tayar lebih senang nipis (botak) dan peningkatan fuel consumption. TEKANAN angin tayar dari 220kpa atau 32psi mengikut saiz tayar. Kalau anda tak sure anda boleh tengok di driver side seperti dalam gambar di bawah.
4. PENJAGAAN BRAKE (Alas Brek).
Tip 4 :
Brake terbahagai kepada dua, brake pad dan lining brake. Brake nipis boleh menyebabkan sistem brek tidak berfungsi dengan baik dan juga boleh menyebabkan brake disc dan dram rosak.
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya ramai orang terlepas pandang hal ini. Jangka hayat Brake ini bergantung pada cara pemanduan anda.
5. PENJAGAAN PENAPIS UDARA (Air Filter)
Tips 5 :
Penapis udara ini terletak di atas enjin, kotak berwarna HITAM kebiasaannya. Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak sempurna.
Kebiasaannya penapis udara ditukar selepas 20,000km.
6. PENJAGAAN MINYAK KOTAK GEAR (Gearbox).
Tip 6 :
Antara perkara mustahak yang perlu diberi perhatian lebih. Wahai kaum Hawa,jagalah Minyak Kotak Gear ini sebelum kamu merana.
Minyak Gear terbahagi kepada dua. Minyak Auto Tranmission Fluid (ATF) untuk gear auto dan Minyak Gear Manual. Untuk Minyak ATF jangka hayatnya 20,000Km, sementara untuk Minyak Gear Manual jangka hayatnya 60,000Km.
7. PENJAGAAN BATERI.
Tip 7 :
Ini antara banyak masalah yang berlaku. Selalu saya nampak kereta yang tersadai di bahu jalan gara gara BATERI ''weak''. Bateri kereta terbahagi kepada dua, Bateri Sel Basah dan Bateri Sel Kering. Warranty bateri baru kedai akan bagi setahun.
Jangka hayat bateri Sel Kering lebih kurang 2 hingga 3tahun. Manakala jangka hayat bateri Sel Basah p**a mengikut kerajinan anda untuk selalu check air bateri dan top up air bateri. untuk.
Semoga ilmu yg saya bg nie dapat di manfaatkan untuk anda
Selalu dengar brek bunyi?.. Bila tekan brek ja bunyi.. Lagi best baru lepas tukar brek pad tp dok bunyi jugak..
Sebenarnya benda nie disebabkan, disc rotor atau brek disc kita dah calar n dah makan.. So, bila kita tukar brek pad baru brek tu tak ngan lagi dengan disc kita..
1st try dulu sehari dua.. brek kasar2.. Kalau tak jadi jugak makna brek tu kena asah sikit dekat hujung brek pad.. sebab dia berlaga dengan besi brek disc tu..
2nd kalau brek kita tu dah calar teruk, kita buat disc skinning.. Kita potong disc tu,biar rata semula.. Result?.. serupa disc baru.. cuma y nie hanya boleh dibuat jika disc kita masih tebal.. Kalau dah nipis tak boleh buat apa..
Bila kita skin disc brek ni, kita juga digalakan utk tukar brek pad baru.. Jangan gelabah jika pada mulanya disc seakan tak berapa makan.. Yoola sbb disc tgh licin mmg akan merelip sikit..
Ok, ada y lebih advance tanya utk buat lubang pada disc brek tu.. Boleh juga, kalau kita bawak kereta macam F1 driver.. Bila ada lubng, dia akan mengurangkan kepanasan pada disc tu..
So, disc brek tu akan lebih fungsi.. Utk kereta biasa tak perlu.. Kecuali nak bagi cun kereta..
Brek ni sistem keselamatan kenderaan kita sentiasa awasi dan jaga brek nie.. Pastikan dalam keadaan elok dan berfungsi..
Setakat ni saja perkongsian kali nie.. Macam besa ada apa2 roger dekat whatsapp 0175735534 Rezan atau click ja
wasap.my/60125735534
nak lagi sempoi mai teruih bengkel di Telok Ayer Tawar bersebelahan Taman Sejahtera Indah ataupun kalau dari Bagan Ajam di sebelah Kanan sblom traffic light balai polis Telok Ayer Tawar .. Boleh google maps
Enjin kena warm-up ka?
Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.
Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.
Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).
Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.
Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.
Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.
Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?
Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.
Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.
Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin itu tak wujud. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan macam ni memang salah.
Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.
Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.
10/07/2016
Perkongsian info maklumat tentang permotoran..
BACA SAMPAI HABIS...!!!!
Mivec??
Apa itu mivec????
Di sini ada jawapannya.
MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat atau musuh ketatnya VTEC. Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah 5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya akan muncul.
Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.memang laju tu.
Tapi hari ini kita hanya bicara mengenai kod enjin 4G92 kerana enjin ini lah yang paling pop**ar di Jepun mahupun di Malaysia.
MIVEC CA4/CB4
Pop**ar di Malaysia khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama. Enjin ini juga pop**ar kerana pengguna kenderaan seperti yang saya ckpkan tadi terlalu ramai di jalanraya dan bagi mereka yang inginkan kepantasan, kelajuan kuasa kuda.(1.6cc je) maka MIVEC lah jawapan kepada soalan tadi.
Enjin CA4/CB4
Di Malaysia harga untuk sesebuah enjin MIVEC hampir mencecah RM 5000 ke 7000.
Selalunya enjin yang berharga RM 7000.00 ini selalunya enjin MIVEC Rs atau CB4. Enjin RS ini atau CB4 yang menyebabkan ianya mahal kerana enjin ini dilengkapi gearbox L*D. Dari sudut enjin p**a model RS ini dilengkapi dengan spring valve titanium dan duration cam ia agak tinggi dari model CA4. Namun dari sudut kekuatan enjin (horsepower) tetap sama. Tapi bagi mereka yang meminati perlumbaan drag atau trek, mempunyai gearbox L*D merupakan satu kelebihan kerana jika kita mempunyai gearbox seperti ini kerana keupayaannya untuk melonjak keluar ketika lampu hijau menyala lagi berkesan dari gearbox yang tidak mempunyai gearbox L*D kerana, L*D akan mengelakkan tayar slip atau berpusing secara berlebihan di atas jalan.Boleh terus jalan la jawabnya!!!!!!!!!!!!!!!
Enjin ini juga mempunyai saingan terdekatnya. Saingan itu tidak lain tidak bukan B16A DOHC VTEC. Walaupun dari sudut kuasa kuda enjin yang lebih tinggi dari B16A, cc yang lebih tinggi dari B16A, namun enjin ini tetap gagal untuk menyaingi kekuatan dan kepantasan dari B16A. Jika anda tidak percaya sila ke youtube dan taip 1993 Mirage Review dan lihatlah bagaimana model jenis ini telah ditinggal jauh oleh enjin B16A ini.
Punca kenapa enjin ini kurang daripada B16A adalah kerana MIVEC CA4/CB4 lemah dari sudut gear ratio.
Buat peminat enjin MIVEC jenis ini sila lihat perbandingan gear ratio dibawah ini.
MIVEC 4G92 CB4A :
1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592
B16A
1 - 3.230
2 - 2.105
3 - 1.458
4 - 1.107
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400
Jika dilihat pada sudut final drive memang MIVEC mempunyai final drive yang tinggi sedikit daripada B16A ini namun jika dilihat ratio dari gear 1 hingga 3 ternyata B16A mempunyai ratio yang lebih mantap dan menarik daripada MIVEC 4G92. Sistem gear yang rapat atau close ratio yang dihasilkan oleh Honda ketika itu memang menakjubkan. Hanya sekadar kotak gear tersebut, Honda mampu meninggalkan enjin MIVEC CB4A itu dengan begitu jauh. Honda dikatakan memang hebat.!
Dari sudut keringanan sesuatu komponen enjin, MIVEC model CA4A/CB4A atau kita sebutkan sebagai MIVEC Gen1, ternyata lebih berat berbanding B16A VTEC. Sebagai contoh gearbox. MIVEC Gen1 mempunyai 3 batang shaft (penyambung gigi -gigi gear) manakala B16A hanya mempunyai 2 batang shaft. Dari sudut ini jelas kelihatan MIVEC Gen1 sudah ketinggalan dari sudut berat sesuatu kompanen jika hendak dibandingkan dengan B16A.
Mungkin ada tak percaya tapi sila kehttp://www.youtube.com/ dan sila taip 1993 Mirage Review dan saksikannya....
CK4A/CJ4A
Selang beberapa tahun kemudian, Mitsubishi melancarkan model baru untuk Mirage Cyborg ZR. Model ini dikeluarkan pada tahun 1996. Masih menggunakan nadi yang sama iaitu 4G92 MIVEC. Cuma kali ini enjin telah diubahsuai kedudukannya.
Model Ck4A/CJ4A
Anda boleh lihat perbezaan dari sudut kedudukan enjin baru ini. Kedudukan timing belt yang telah pun berubah, extractor yang mempunyai flow yang lebih cantik dan mantap.
Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo, dan Saga-BLM. Namun enjin jenis ini masih tidak pop**ar jika hendak dibandingkan dengan CA4a/CB4a kereta majoriti kereta - kereta yang saya sebutkan tadi masih baru dan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk menukar enjin asal kepada enjin Mivec atau enjin - enjin Mitsubishi yang lain. Takut waranty hilang!!!
Namun, tidak ramai yang tahu di Malaysia khasnya kehebatan prestasi enjin ini. Inilah satu - satunya enjin yang dapat memberi saingan paling hebat buat B16A pada tahun yang juga telah mengeluarkan model baru iaitu Honda Civic Ek4 yang masih menggunakan jentera B16A. Jika tidak percaya sila kehttp://www.youtube.com/ dan sila taip 1996 Mirage Review.
Jentera baru Mitsubishi ini benar - benar hampir memalukan B16A. vtec killer Walaupun tewas pada penghujungnya. Namun jika saudara - saudari lihat pada video tersebut ternyata B16A hanya mampu meninggalkan Mivec 4G92 sangat sedikit. Jika dahulu, B16A meninggalkan 4G92 Mivec dengan begitu jauh namun kali ini tidak lagi. Mitsubishi beralaih kearah kemajuan.
Jadi apa yang membezakan Mivec tahun 1993 dengan Mivec tahun 1996. Perbezaannya ialah pada gear ratio. Mari kita lihat perbezaannya
Ck4A/CJ4A
1 - 3.071
2 - 1.947
3 - 1.379
4 - 1.030
5 - 0.820
R - 3.363
F - 4.625
CA4A/CB4A
1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592
Kekuatan utama pada Mivec Ck4A/CJ4A ini berada pada gear 3 dan 4. Gear 3 pada model ini telah dipertingkatkan lagi kekuatannya dengan menambah gigi gear 3 itu daripada 1.285 kepada 1.379. Manakala final drive model CK4A/CJ4A telah dinaikkan dari 4.592 kepada 4.625. Dengan meningkatkan final drive dan gear 3 pada model ini ternyata berhasil apabila Mivec model ini nyaris - nyaris dapat memalukan B16A.
Dari sudut berat sesuatu komponen enjin, model ini telah membuat perubahan pada isi dalam gear box tersebut. Daripada mempunyai 3 shaft kepada 2 shaft sahaja. Ini telah menyerupai sistem gear Honda VTEC.
Saya ulangi sekali lagi, buat peminat MIVEC sila membuat perbandingannya sendiri dengan menaip 1993 Mirage Review dan 1996 Mirage Review di laman web http://www.youtube.com/
Mitsubishi juga tidak berdiam diri apabila melihat formula yang dihasilkan pada model tahun 1996 ini hampir berjaya menjadi Raja 1.6 dan sekali pada tahun 1999, mitsubishi telah mengeluarkan model yang sama dan enjin sama cuma diubahnya ratio pada gear 2, daripada 1.947 kepada 2.071. Hasilnya? 4G92 model Ck4A/CJ4A telah berjaya meninggalkan B16A. vtec killer did it.... Anda semua boleh mencarinya dengan membeli VCD atau DVD yang bertajuk Best Motoring (maaf saya lupa volume keberapa).
Kesimp**an
Model ini sebenarnya pop**ar di Jepun. Banyak barang - barang prestasi atau performance telah dihasilkan (khasnya model Ck4A/CJ4A). Sememangnya MIVEC benar - benar memberi saingan sengit kepada VTEC jika sama - sama masih mengekalkan 1.6cc. Namun jika sudah melakukan modifikasi itu cerita lain. Jadi saya berharap, buat pemilik enjin MIVEC yang memandu kereta Proton Wira, Satria dan Putra saya harap anda semua boleh faham kenapa anda tertinggal jauh dengan B16A.
Buat pemilik kenderaan Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo dan Saga - BLM. Anda harus berbangga, model inilah yang dapat memberi sainga hebat kepada B16A.
Sekian..... Maaf jika ada ayat atau salah, maklumlah info ni kongsi kongsi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Telok Ayer Tawar
Butterworth
13050
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |