PEMBINA Pulau Pinang

PEMBINA Pulau Pinang

Share

Membina Kepimpinan Nasional

Photos from PEMBINA Pulau Pinang's post 09/03/2026

Program Fiqh Puasa Wanita: “Kami Tanya, Ustazah Jawab” telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di Pusat Islam UniKL bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam.

Mahasiswi yang hadir menunjukkan komitmen tinggi untuk menambah kefahaman berkaitan fiqh puasa khususnya melibatkan persoalan wanita.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti slot perkongsian bersama ustazah, di samping sesi soal jawab yang memberi ruang kepada para siswi untuk mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan ibadah puasa.

Program turut dimeriahkan dengan Kuiz Ramadhan serta aktiviti santai MasterChef Kuih Old Skol dan Kuih Gen-Z yang berjaya mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh kefahaman fiqh serta menyemarakkan penghayatan Ramadhan dalam kalangan siswi.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 3 Tingkat 1, Lorong Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Sungai Dua
Butterworth
13800