SPChannel

SPChannel

Share

Cerita komuniti, kembara destinasi, terokai legasi. Halaman Facebook SP Channel

31/05/2026

Sport Story : Tengku Ahmad Shah Bin Tengku Mustaffa (Ku Mat @ Mat Janggut)

Dilahirkan pada 12 Ogos 1962 di Kampung Balai Pukat, Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Nama yang tidak asing dalam arena sepak takraw Seberang Perai. Dengan pengalaman puluhan tahun, beliau dikenali sebagai antara tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi. Semangat, disiplin dan kecintaan beliau terhadap sukan warisan ini telah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus memartabatkan sepak takraw. Dedikasi beliau membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus aktif menyumbang kepada sukan yang dicintai.

“Sepak Takraw bukan sekadar permainan, tetapi ia adalah warisan yang perlu dipelihara dan diteruskan kepada generasi akan datang.”

17/05/2026

Kenali Seberang Perai Siri 1 - "Bagan Belat" oleh Tuan Haji Dahalan Fazil

15/05/2026

Musician Story : Megat Norazam Mahfudz gitaris kumpulan ARENA
Megatarena Megat

15/05/2026

MUSICIAN STORY : Sejarah Pemuzik Pulau Pinang

Menampilkan perjalanan seni
Megat Norazam Mahfudz, gitaris kumpulan ARENA yang aktif mewarnai dunia muzik sejak era 1980-an.

Dengan gaya permainan gitar yang tersendiri dan penuh karakter, beliau menjadi antara pemuzik yang terus konsisten dalam perjuangan seni serta perkembangan muzik rock tempatan.

Beliau turut mempelajari teknik permainan gitar daripada Samad Lefthanded sewaktu berada di studio rakaman di Singapura pada awal tahun 1990-an, pengalaman yang banyak membentuk identiti dan sentuhan muzik beliau hingga ke hari ini.

Daripada era kaset, pentas live show hingga ke generasi digital hari ini, semangat muzik beliau masih terus hidup dan memberi inspirasi kepada pemuzik muda.

Saksikan kisah penuh beliau dalam siri eksklusif Musician Story hanya di SP Channel.

Want your business to be the top-listed Media Company in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Bagan Luar
Butterworth
12000