Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi

Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi

Share

No Hubungi :
Ahmad Syahir Bin Abdul Razak (Yang DiPertua)
0174489509

06/04/2026

πŸ“£ PENCARIAN KOMITI PMGPK 2026

Mahasiswa/i di Perak, ini peluang anda untuk berada di belakang tabir sebuah program besar!

Perkampungan Menara Gading Perak 2026 kini membuka pencarian komiti bagi pelbagai unit:
🎯 Logistik
🎯 Publisiti
🎯 Teknikal
🎯 Kebajikan & banyak lagi

πŸ’‘Sertai kami untuk:
βœ”οΈ Menimba pengalaman pengurusan program
βœ”οΈ Mengasah kemahiran kepimpinan
βœ”οΈ Membina jaringan mahasiswa

πŸ“… Tarikh tutup: 11 April 2026
πŸ“² Mohon sekarang melalui QR code

20/03/2026

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™

Pergi ke desa memetik delima,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Andai ada salah dan dosa,
Ampun dipohon setulus hati.

Di kesempatan Syawal yang mulia ini,
kami dari Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP)
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh warga pelajar, sahabat dan masyarakat.

Semoga hari kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran,
kebahagiaan bersama keluarga tercinta,
serta menjadi titik permulaan untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

✨ Maaf Zahir dan Batin ✨

08/03/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan penggerak dalam masyarakat. ✨

Wanita bukan sekadar pelengkap kehidupan, bahkan mereka merupakan tiang kepada pembinaan keluarga, pendidik generasi, serta penyumbang besar dalam pembangunan ummah.

Semoga setiap pengorbanan, usaha dan kebaikan para wanita sentiasa dihargai serta diberkati. Teruslah menjadi insan yang memberi cahaya kepada dunia. 🌸

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Chemor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Sekretariat ABIM Perak, 33A FLR-Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2
Chemor
31200