Terup Wanita PSP
page Rasmi Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis DiRaja Malaysia.
25/03/2026
πππππππ ππππ πππππ ππ πππ
Di balik seragam biru ini,
tersulam seribu kisah pengorbananβ¦
yang tidak selalu terlihat,
namun sentiasa dirasai.
Langkah kita mungkin tidak selalu dihargai,
namun sumpah setia tetap terpahat di hati β
demi agama, bangsa dan tanah air,
kita berdiri⦠tanpa gentar, tanpa lelah.
Malam yang sunyi kita isi dengan rondaan,
siang yang terang kita curahkan dengan bakti,
demi memastikan masyarakat terus lena dalam aman,
tanpa mengetahui siapa yang berjaga di baliknya.
Kerana hakikatnya,
kita tidak pernah bersendirian dalam perjuangan ini β
setiap kepercayaan yang diberi,
setiap sokongan yang dizahirkan,
itulah kekuatan yang mengikat kita bersama.
Kita bukan sekadar satu pasukan,
kita adalah jiwa yang disatukan oleh tanggungjawab,
oleh keberanian,
dan oleh kepercayaan masyarakat yang tidak ternilai.
Selagi nadi ini berdenyut,
selagi itu amanah ini akan kita junjung,
dan selagi itu⦠kita akan terus berkhidmat,
bersama rakyat, demi negara tercinta.
"π£π’πππ¦ πππ‘ π ππ¦π¬ππ₯ππππ§, πππ₯π£ππ¦ππ π§ππππ"
Ikhlas daripada :
ASP Jessica Jentia anak Bakit,
Pegawai Penjaga Terup Wanita
dan seluruh warga kerja
Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Simpanan Persekutuan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Balau
Cheras
43200