Progresif Bersama

Progresif Bersama

Share

PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan menemubual insan-insan hebat dari seluruh Malaysia.

16/10/2020

Makluman untuk semua warga di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Sg. Long...

Pendaftaran Persekolahan di Sekolah Rendah Islam Umar Zayd (SRIUZ) telah dibuka.
Semua ibubapa/penjaga sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Sg Long, dijemput untuk menghadiri sesi hari Terbuka Sekolah Rendah Islam Umar Zayd (SRIUZ) pada 31/10/2020 (Sabtu).
Tetapi sebelum itu, kami mohon sedikit kerjasama semua untuk melengkapkan maklumat 'booking' kehadiran di http://bit.ly/OpenDaySRIUZ terlebih dahulu amat diharapkan, agar dengan adanya maklumat tersebut, maka dapat membantu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan pada masa yang sama dapat mengamalkan penjarakan sosial semasa sesi tersebut berlangsung (Jika berakhirnya PKPB).
Kami juga akan menghubungi anda menerusi email untuk maklumat selanjutnya, kerana ia bergantung kepada keadaan semasa. Namun, sekiranya keadaan semasa masih di bawah PKPB, kami bercadang untuk meneruskan sesi tersebut secara online.
Di kesempatan ini juga, kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan, terima kasih atas segala perhatian, sokongan, dan kasih sayang daripada pihak Tuan/Puan dalam beberapa program yang dianjurkan oleh UMAR ZAYD CENTER sebelum ini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dalam masa terdekat, Tuan/Puan boleh hubungi kami menerusi:
1) emel rasmi: [email protected] ATAU;
2) telegram channel Umar Zayd Center, https://t.me/umarzaydcenter ATAU;
3) menerusi WhatsApp di 011-63936700 ATAU
4) menerusi Facebook Umar Zayd Center: https://www.facebook.com/umarzaydcenter
Sekian Terima Kasih.
Telegram UZC : https://t.me/umarzaydcenter
Website UZC : http://www.umarzaydcenter.com

PROgresif Bersama (EP9): En. Putera Nur Hadi bin Mohd Johari 30/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama ditemani oleh seorang insan positif yang bekerja di sebuah syarikat yang menjual super bike di Negeri Sembilan. Beliau akan berkongsikan pengalaman beliau memiliki motor berkuasa tinggi, tips-tips penjagaan motor berkuasa tinggi, inspirasi yang boleh diberi oleh guru-guru yang memiliki motor berkuasa tinggi, peranan gerakan konvoi beramai-ramai sehinggalah sedikit pandangan mengenai media sosial dalam kehidupan seharian dan juga dalam bidang pendidikan.

Jom ikutilah episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua.

PROgresif Bersama (EP9): En. Putera Nur Hadi bin Mohd Johari PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP6): Ust Muhammad Adam Bin Amin 23/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama berpeluang bersama-sama seorang ust dan guru tahfiz yang kini sedang bertugas di Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor, Sabak Bernam. Apa yang menariknya ialah, beliau merupakan seorang ust pernah menjadi pelajar tahfiz selama 4 tahun bermula pada umur umur 16 tahun sehingga 19 tahun. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Sarjana Muda di Jambi, Indonesia dalam bidang Syariah. Disebabkan minat yang tinggi dalam bidang pendidikan, beliau telah melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan dalam bidang tahfiz, di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Apa yang menarik pada episod kali ini ialah beliau telah berkongsikan bagaimana meneruskan sesi pembelajaran (PdPc) dengan menggunakan teknologi dan bagaimana pentingnnya hubungan antara guru dengan ibubapa terutama dalam proses perkembangan/pembelajaran anak-anak mereka. Selain itu juga beliau berkongsi tips, pengalaman dan bagaimana menguruskan para pelajar tahfiz ini.

PROgresif Bersama (EP6): Ust Muhammad Adam Bin Amin PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Bandar Mahkota Cheras
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00