ACG Tech
Kami sediakan servis pemasangan CCTV, Aircond, Autogate, Elektrikal, dan sistem Smart Home
24/09/2025
NAK PASANG KAMERA DEPAN RUMAH. MANA YANG SESUAI?
Ada 4 jenis pilihan kamera:
1️⃣Wired CCTV🔌
Jenis CCTV yang paling biasa orang pasang. Biasa brand kita dengar Dahua, Hikvision & TP-Link.
✔️Paling stabil dan boleh record 24 jam non-stop.
⚠️Kos agak tinggi & ambil masa nak pasang. Tak berbaloi kalau nak pasang sebiji.
2. Wireless CCTV🛜
Jenis wireless ada terlalu banyak dalam pasaran. Kena sangat berhati-hati bila nak beli. Elakkan dari beli jenama OEM.
✔️Sesuai pilih ni kalau nak pasang 1-2 biji sahaja.
⚠️Masih perlukan kabel untuk power, pastikan ada plug berdekatan. Kalau tidak, nak kena upah kontraktor tarik kabel.
3. Video Doorbell🔔
Jenis ni kita dah senang nak jumpa dekat pasaran. Brand OEM pun banyak.
✔️ Boleh nampak & bercakap direct dengan pelawat
⚠️ View agak terhad sebab tak boleh pasang terlalu tinggi.
3. Solar + Wireless CCTV🔆🛜
Yang ni pun dah banyak ada dekat pasaran. Tapo, Imou, Ezviz dan banyak lagi brand OEM.
✔️ 100% tanpa wayar, jimat elektrik, dan nak pasang pun tak lama.
✔️ Tetap rakam walaupun blackout.
⚠️ Pastikan WiFi rumah sampai ke tempat nak pasang.
Komen dan like kalau anda dapat sesuatu dari sini😁
21/10/2018
Kenapa anda MESTI memiliki dashcam ? 🤔🤔🤔
======================================
Malaysia merupakan antara negara dengan kadar pemilikan kenderaan yang tinggi di seluruh dunia. Meskipun kereta dijual dengan lebih mahal berbanding harga asal, ia dilihat sebagai keperluan. Kebanyakan keluarga yang berkemampuan semestinya mempunyai satu kereta. Dengan kadar pemilikan yang tinggi ini juga, kadar kemalangan Malaysia antara yang tertinggi di dunia.
Justeru, disamping tabiat pemanduan yang baik, cermat dan tidak mementingkan diri sendiri, ada juga baiknya kita mementingkan kelengkapan khusus untuk kenderaan. Kenderaan masa kini sudah mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan namun bagaimana dengan pemantauan? Disini pentingnya kelengkapan tambahan dan Dashcam dilihat sebagai satu peralatan yang harus dimiliki oleh semua pemandu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
NO 18 Jalan SUAKASIH 1/3 BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Cheras
43200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:30 |
| Tuesday | 09:00 - 17:30 |
| Wednesday | 09:00 - 17:30 |
| Thursday | 09:00 - 17:30 |
| Friday | 09:00 - 17:30 |