Bubble Blitz
We clean cars professionally, we do waxing, polishing, interior cleaning, and upholstery cleaning.
02/03/2026
17/01/2026
Hari ini aku belajar satu perkara yang ringkas, tapi cukup dalam maknanya — apa pun yang kita jaga dengan baik, insya-Allah dia akan bertahan lama.
Petang tadi, kedai aku terima sepasang suami isteri. Wajah tenang, senyum tak lekang. Mereka datang dengan sebuah Perdana tahun 1997 — dan jujur aku cakap, keadaannya masih cantik, kemas, terjaga. Enjin pun mereka minta untuk dicuci.
En Azmi kata, “Tak banyak kedai berani dan tahu cuci enjin macam kamu.” Sebab itu dia datang ke sini, ditemani isterinya. Rupanya, kereta itu milik isteri beliau sendiri.
Sambil menunggu kereta siap, kami berbual. Mereka peramah, mesra, saling melengkapi ayat masing-masing. Umur mereka sudah lebih 60 tahun, tapi cara mereka berinteraksi… tenang, hormat, penuh kasih. Di situ aku tersenyum sendiri.
Kereta lama yang masih elok itu rupa-rupanya dijaga dengan penuh kasih — sama seperti hubungan mereka. Tak tergesa-gesa, tak sambil lewa, tapi konsisten dijaga dari tahun ke tahun.
Bila kereta siap, wajah mereka jelas puas. Senyum yang ikhlas. Masa tu aku rasa, inilah nikmat kerja aku — bukan sekadar cuci kereta, tapi buat orang gembira dan jadi saksi kepada cerita hidup yang indah.
Kalau kereta pun kita jaga elok-elok, dia boleh bertahan berpuluh tahun. Apatah lagi hubungan, amanah, dan perkara yang kita hargai dalam hidup.
👉 Jadi kalau kau sayang kereta kau, jangan tunggu sampai dia uzur baru nak jaga.
Datanglah ke kedai kami. Biar kami bantu kau jaga kenderaan yang banyak berjasa dalam hidup kau — supaya dia terus setia menemani perjalanan kau, lama seperti cinta yang dijaga dengan baik.
11/01/2026
Ada hari kami tak sekadar cuci kereta — kami jadi saksi kasih seorang anak.
Seorang pelanggan datang dengan sebuah kereta lama. Catnya kusam, dalam kereta berdebu, enjin penuh kotoran. Bila pintu dibuka, lipas berlari keluar dari karpet. Dalam bonet p**a, ada cicak yang menjadikan kereta itu seperti rumah sendiri. Jujurnya, ini antara kereta yang paling mencabar pernah kami terima.
Dengan nada tenang, pelanggan itu berkata,
“Ini kereta ayah saya. Saya nak bersihkan supaya ayah boleh bawa dengan selesa dan selamat.”
Ayat ringkas itu buat kami diam seketika.
Terus kami faham — ini bukan tentang kereta. Ini tentang bakti seorang anak.
Kami bersihkan setiap sudut dengan penuh teliti. Dari karpet, ruang enjin, hinggalah ke bonet. Bukan sebab bayaran, tapi sebab kami bangga dapat jadi sebahagian daripada niat yang baik ini.
Bersihkan kereta bukan sekadar buang habuk dan sampah.
Kadang-kadang, ia cara senyap untuk menyenangkan hati orang yang kita sayang. 🚗❤️
10/01/2026
Pernah tak buat silap kecil… tapi risau kesannya besar? 😅
Seorang pelanggan wanita datang ke carwash kami dengan muka sedikit cuak. Katanya kereta baru sahaja tersagat manja dengan pagar rumah. Calar tak besar, tapi cukup untuk buat hati berdebar — sebab kalau suami perasan, alamatnya panjang cerita.
Kami buat kerja sebaik mungkin. Polish, kemaskan, teliti satu-satu. Bila siap, calar hampir tak kelihatan. Senyuman lega terus terukir di wajahnya. Bukan sekadar kereta kembali cantik, tapi keharmonian rumah tangga pun selamat.
Mungkin kerja kami nampak kecil.
Tapi bila pelanggan p**ang dengan senyum dan hati tenang, itulah kepuasan sebenar kami. 🚗✨
10/01/2026
Kadang-kadang yang paling mahal bukan harga kereta — tapi kepercayaan pemiliknya.
Bila pelanggan sanggup tinggalkan kenderaan kesayangan mereka, itu tanda mereka yakin dengan cara kami bekerja. Dari kereta biasa sampai kereta bernilai tinggi, setiap satu kami layan dengan teliti, berhemah dan penuh tanggungjawab.
Kepercayaan itu amanah.
Dan kami jaga amanah itu setiap hari. 🚗✨
01/01/2026
Kereta putih memang kena jaga lebih, bersih luar dalam baru ngam 👍👍
30/12/2025
Merah memang meriah!!
29/12/2025
Kitorang tak penah tolak customer, datangla macamana pun kita buat sampai bersih. ☺️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
NSK Cheras
Cheras