PSP Unit 4 Kuala Lumpur

PSP Unit 4 Kuala Lumpur

Share

Laman Rasmi Unit 4 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur. Perkongsian aktiviti dan fakta-fakta menarik berkaitan dengan Ketenteraman Awam.

01/07/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN TERUP WANITA
1 JULAI 1974 โ€“ 1 JULAI 2026

Hari ini kita memperingati detik bersejarah penubuhan Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1974.

Bermula dengan kekuatan kecil namun penuh semangat, Terup Wanita FRU telah membuktikan keupayaan dan ketahanan wanita dalam menggalas tanggungjawab besar menjaga ketenteraman awam.

Sepanjang lebih 50 tahun, pasukan ini terus berkembang, memperkukuh peranan serta melakar pelbagai kejayaan dalam setiap penugasan yang diamanahkan.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada semua perintis dan anggota Terup Wanita yang telah dan sedang berkhidmat dengan penuh dedikasi, keberanian dan integriti.

Semoga Terup Wanita FRU terus cemerlang, kekal relevan dan menjadi kebanggaan pasukan serta negara.

Photos from Pasukan Simpanan Persekutuan's post 28/06/2026
Photos from PSP Unit 4 Kuala Lumpur's post 18/06/2026

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ท ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ผ๐‘ท ๐Ÿ’๐‘จ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป ๐Ÿ’ ๐‘ท๐‘บ๐‘ท ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘น

๐‘ท๐’‚๐’…๐’‚ ๐Ÿ๐Ÿ– ๐’‹๐’–๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, Terup 4A Unit 4 PSP Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat menerusi aktiviti latihan luar (hiking) di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran penuh anggota serta mendapat komitmen dan kerjasama yang sangat baik daripada semua peserta.

Turut hadir menjayakan program ini ialah ๐‘บ๐’–๐’‘๐’•. ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ญ๐’‚๐’Œ๐’Š๐’“ ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘ญ๐’‚๐’–๐’›๐’Š, Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

Sepanjang aktiviti berlangsung, pemantauan keselamatan, tahap kecergasan fizikal serta pergerakan anggota telah dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal. Keadaan cuaca yang baik turut membantu melancarkan perjalanan program dari awal hingga tamat.

Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal anggota, membina daya tahan mental, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota. Di samping itu, program ini turut menerapkan nilai saling membantu, disiplin serta semangat kekeluargaan yang menjadi teras Terup 4A Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

Photos from PSP Unit 4 Kuala Lumpur's post 25/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐ 4๐€ ๐”๐๐ˆ๐“ 4 ๐๐’๐ ๐Š๐‹

Pada 25 Mei 2026, telah berlangsung Program Gaya Hidup Sihat melibatkan aktiviti latihan luar โ€œJungle Trekkingโ€ di Sg. Pisang, Gombak, Selangor yang disertai oleh PKP dan PRP Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga Unit 4 PSP Kuala Lumpur menjalani latihan fizikal dalam suasana alam semula jadi, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat setiakawan serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran sepanjang perjalanan trekking yang mencabar dan penuh pengalaman bermakna.

Sepanjang program berlangsung, semua peserta telah menunjukkan semangat kerjasama, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu, program seperti ini juga mampu meningkatkan ketahanan fizikal, daya tahan mental serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan semangat kebersamaan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Cheras
43200