AH Akademi

AH Akademi

Share

Jom belajar quran

23/10/2025

Enam Langkah menyembuhkan Sistem Pendidikan Yang Sudah Hilang Arah
Oleh: Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan
Ketua Jabatan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
1. Berhenti Melantik Individu ‘Pandai Berlakon Bijak’
Masalah utama sistem pendidikan hari ini bukanlah murid yang lemah, tetapi dasar yang ditentukan oleh individu yang tidak memahami realiti lapangan. Mereka mencipta istilah “inovatif” dan “transformasi pendidikan”, tetapi gagal membezakan antara teori dan keperluan sebenar di sekolah. Akhirnya, pelan yang digubal hanya melahirkan generasi yang tertekan, tercicir dan hilang arah.
Ilmu tidak sama dengan kebijaksanaan — ramai pemegang PhD yang berfikir seperti pentadbir korporat, bukan pendidik.
2. Pulangkan Kuasa Mendidik Kepada Guru
Dalam sistem hari ini, guru tidak lagi dihormati sebagai pendidik tetapi dikawal oleh tekanan ibu bapa dan arahan birokrasi. Akibatnya, guru takut menegur dan murid menjadi “raja kecil”. Pendidikan hanya akan bermakna apabila guru kembali diberi autonomi mendidik dan membentuk akhlak. Undang-undang perlu melindungi profesionalisme guru, bukan menjadikan mereka mangsa aduan semata-mata.
3. Hapuskan Beban Kerja Tidak Relevan
Cikgu hari ini menjadi “kerani digital” — mengisi borang, memuat naik gambar, menghadiri program simbolik yang tidak membawa kesan kepada pembelajaran. Fokus mengajar semakin hilang. Sistem mesti mempercayai keupayaan guru dan membebaskan mereka daripada tugasan pentadbiran yang tidak produktif. Pendidikan sebenar berlaku di bilik darjah, bukan dalam laporan Excel.
4. Pulihkan Makna Disiplin
Kebebasan tanpa kawalan telah menjejaskan nilai hormat dalam kalangan pelajar. Hari ini, rotan dianggap kejam, tetapi biadab dianggap ekspresi diri. Sistem perlu menyeimbangkan kasih dan tegas. Kebenaran merotan dengan garis panduan jelas boleh dikembalikan kepada individu terlatih. Wujudkan semula sistem duty roster supaya disiplin menjadi budaya bersama, bukan bahan viral media sosial.
5. Peperiksaan Bukan Musuh, Tetapi Penanda Arah
Peperiksaan bukanlah simbol tekanan, tetapi alat mengukur kemampuan sebenar murid. Yang perlu diperbaiki ialah silibus yang terlalu berat dan tidak realistik. Kurangkan subjek, tingkatkan kandungan kemahiran hidup, komunikasi dan pemikiran kritikal. Tidak semua pelajar perlu menjadi saintis atau jurutera — pendidikan mesti memberi ruang kepada yang ingin menjadi insan berguna walaupun sederhana. Sistem tidak boleh terus mencari “yang paling pandai” dalam kalangan “yang sudah pandai”.
6. Berhenti Menyembah Sistem Barat
Keterujaan meniru model pendidikan Barat tanpa menyesuaikan dengan nilai tempatan menjadikan kita hilang jati diri. Barat membina sistem berdasarkan budaya individualistik dan materialistik; kita p**a masyarakat berasaskan keluarga dan nilai agama. Bila sistem asing disalin bulat-bulat, kita kehilangan makna kemanusiaan, hormat, dan keseimbangan antara ilmu dan akhlak. Kemajuan bukan sekadar meniru, tetapi membina sistem berpaksikan nilai sendiri
Penutup
Sistem pendidikan bukan sekadar urusan silibus dan statistik — ia cerminan hala tuju bangsa.
Jika mahu menyembuhkan sistem yang hilang arah, kita perlu kembali kepada asas: ilmu, nilai, dan insan.

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Vista Hartamas Jalan Hatamas Utama
Cheras