Media Variasi
Klik 3 dot di page Media Variasi dan follow kami untuk update menarik, viral dan terkini ❗️
20/08/2024
Seorang warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya.
Ketua Polis Kota Setar, Siti Nor Salawati Saad dilaporkan berkata, seorang lelaki warga asing ditahan di Masjid Bukit Pinang pada 9 malam Isnin susulan penemuan dua mayat dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar dekat Pekan Simpang Kuala di Alor Setar.
Kedua-dua mayat warga asing lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan satu sama lain dengan kesan kelar pada leher dalam longkang kecil.
Sumber: FMT
20/08/2024
SUKMA sebagai platform pembangunan atlet olimpik
Berita penuh ⤵️
SUKMA sebagai platform pembangunan atlet olimpik - Media Variasi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menekankan kepentingan Sukan Malaysia (SUKMA) sebagai platform utama untuk melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat Olimpik. Beliau berkata bahawa SUKMA menyediakan peluang untuk para atlet muda menunjukkan bakat dan potensi mereka sebelum melangkah ke....
19/08/2024
Seorang remaja lelaki direman selama seminggu bermula Isnin bagi membantu siasatan kes pembun*han kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10.
Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirog*l sebelum dibun*h.
Mayat murid tahun empat SK Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Creds: Sinar Harian
14/08/2024
Iltizam saya adalah untuk memastikan impian Pingat Emas Olimpik sulung Malaysia jadi realiti, saya akan terus bekerja keras berbekalkan doa dan sokongan anda semua. Terima Kasih. - Lee Zii Jia
12/08/2024
Dalam satu insiden yang lucu dan mengejutkan, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun dilaporkan telah membuat laporan palsu kononnya dirompak hanya kerana takut dimarahi isterinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pengawal keselamatan tersebut telah mendakwa dirinya dirompak oleh dua lelaki Rohingya di Kijal.
Katanya, dia telah berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang sebelum dua lelaki tersebut menghampirinya dan kemudian melarikan RM1,100 yang diambil dari poketnya sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
Namun, siasatan polis mendedahkan bahawa tiada rompakan berlaku.
Setelah disoal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dia telah mereka cerita tersebut kerana tidak sanggup berterus terang kepada isterinya bahawa dia telah menghabiskan seluruh gajinya, termasuk wang untuk perbelanjaan rumah.
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.
Creds: Vocket
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No. F-1-11, Block F, Jalan GC 3, GLOMAC
Cyberjaya
63200