Technology Depository Agency

Technology Depository Agency

Share

TDA’s core function is to manage, administer and monitor all Industrial Collaboration Programme (ICP) To know more about what we do, please visit www.tda.my.

29/05/2026

Seluruh warga TDA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah.

𝑀𝑜𝑔𝑖𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐷𝑜 𝐾𝑎𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛

Semoga perayaan ini disambut dengan meriah dan mengeratkan lagi perpaduan sesama kita.

26/05/2026

𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kautsar, ayat 2 mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar satu amalan, tetapi lambang ketaatan, kesyukuran dan keikhlasan kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan mengingatkan kita untuk terus ikhlas dalam setiap pengorbanan.

Photos from Technology Depository Agency's post 26/05/2026

𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂, 𝑴𝒆𝒊 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑴𝒆𝒈𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒔𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝑮𝒂𝒓𝒊𝒔 𝑷𝒂𝒏𝒅𝒖𝒂𝒏 𝑰𝑪𝑷

Bengkel Mega Penambahbaikan Dasar dan Garis Panduan ICP telah berjaya dilaksanakan. Bengkel ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) Kementerian Kewangan Malaysia (M*F), Pengurusan Tertinggi TDA, Unit Pengurusan ICP (ICP Management Unit – IMU) Bahagian Industri Pertahanan (BIP), IMU TDA, dan Bahagian Penasihat ICP (ICP Advisory Division - IAD).

Bengkel ini merupakan platform terakhir bagi memuktamadkan draf penambahbaikan Dasar dan Garis Panduan ICP (Edisi Ke-4) menerusi sesi semakan dan pembacaan akhir secara menyeluruh selepas beberapa siri perbincangan dan sesi libat urus dilaksanakan sebelum ini.

Sepanjang beberapa siri bengkel berlangsung, sebanyak 158 perkara telah dibincangkan dan ditambah baik, meliputi aspek penambahan klausa, pindaan konteks, terma dan syarat, serta pengguguran klausa tertentu bagi memastikan Dasar dan Garis Panduan ICP kekal relevan, komprehensif dan selaras dengan keperluan semasa.

Penambahbaikan yang dilaksanakan dijangka dapat memperkukuh tadbir urus pelaksanaan ICP, meningkatkan keberkesanan pemantauan program serta memastikan penyampaian impak ICP yang lebih optimum kepada pembangunan industri, ekonomi dan kapasiti negara.


*F

Want your business to be the top-listed Travel Agency in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Level 17, Tower 6, Sky Park@Cyberjaya, Cyberjaya Darul Ehsan
Cyberjaya
47100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30