CyberSecurity Malaysia

CyberSecurity Malaysia

Share

Company No. 200601006881 (726630-U)
CSM is the national cyber security specialist centre. Go to www.cybersecurity.my for more info

12/05/2026

“AI yang tiada guardrail bukan sekadar masalah teknikal, ia adalah masalah kita semua, terutama generasi yang membesar bersama teknologi ini.” 👦📱

Tanpa guardrails:
❌ Cadangan yang bias dan tidak adil.
❌ Data peribadi terdedah.
❌ Maklumat palsu tersebar.
Dengan guardrails: ✅ Pengalaman digital yang lebih selamat.
✅ Teknologi yang lebih dipercayai.
✅ Perlindungan lebih baik untuk semua pengguna.

Kita semua ada peranan, sama ada sebagai ibu bapa, pengguna, atau pemimpin digital untuk pastikan teknologi yang kita guna, selamat untuk semua. 💪


-AI

08/05/2026

“Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa Netflix tahu cerita apa yang anda ingin tonton selepas itu?”👀

Jawapannya ialah AI menganalisis anda lebih dari anda sedar.

Setiap kali anda:
▶️ Tengok/tonton sesuatu → AI catat citarasa anda.
🔍 ‘Search’ sesuatu → AI belajar apa yang anda mahu.
👆 Klik sesuatu → AI ‘fine -tune’ pengalaman anda.

Ini bukan sesuatu yang Ajaib atau bukan kebetulan. Ia adalah ‘pattern recognition’ - AI belajar daripada data yang anda layari, kemudian buat ‘predictions’ yang semakin lama semakin tepat.

Macam kawan-kawan lama yang sudah mengenali perangai anda. Cuma bezanya… AI tak pernah lupa. 🧠

Faham cara AI bekerja dan faham tatacara untuk melindungi diri dalam dunia digital hari ni.

Ikuti kempen GEN-AI untuk lebih tips keselamatan siber dan digital yang praktikal! 🔐

-AI DigitalMalaysia

Photos from CyberSecurity Malaysia's post 30/04/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua wira digital negara! 🛡️💻

Di sebalik setiap sistem yang selamat, setiap data yang terlindung, dan setiap ancaman siber yang berjaya digagalkan — ada insan luar biasa yang bekerja tanpa henti di belakang tabir.

Kepada para Incident Responder, Pe*******on Tester, Malware Analyst, SOC Analyst, Threat Analyst, Network Engineer dan semua barisan hadapan keselamatan siber negara

Hari ini adalah untuk anda. 🤝

Dunia nampak tenang sebab anda

“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa.”

Berwaspada dalam setiap interaksi digital — kerana keselamatan maklumat bukan tanggungjawab seorang, tapi budaya seluruh organisasi.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Level 7, Tower 1, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyberjaya Darul Ehsan
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00