Inspire Kitchen
It's all about cooking and baking �
26/06/2025
🧼🏠 Rumah Bersih, Hati Tenang – Dengan Home Care Amway! 🏠🧽
Sejak guna produk Home Care dari Amway, jujurnya kerja rumah jadi lebih mudah, lebih selamat dan lebih jimat!
✨ Kenapa saya pilih Home Care Amway?
✅ Selamat & mesra alam - Bebas bahan kimia berbahaya, sesuai untuk anak-anak & haiwan peliharaan.
✅ Pekat & tahan lama – Hanya guna sedikit je setiap kali. Jimat belanja bulanan!
✅ Serba guna & berkesan – Satu produk boleh guna untuk pelbagai kegunaan. Cuci dapur, lantai, tingkap… semua bersih berkilat!
💡 Paling best, saya tak perlu risau tangan jadi kasar atau kulit sensitif sebab produknya memang gentle dan diuji secara dermatologi.
🌿 Contoh produk yang saya guna:
L.O.C. Multi Purpose Cleaner
Dish Drops (Pencuci pinggan mesra tangan)
SA8 Premium (Pencuci pakaian tanpa sisa kimia)
Glass Cleaner (Cermin & tingkap berkilat tanpa kesan)
Kalau anda tengah cari cara untuk jaga rumah dengan lebih bijak dan sihat, saya sangat rekomen cuba Home Care Amway 💯
27/08/2022
Resipi Roti Arab aka Roti Puri
2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas
- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min
- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung
Selamat mencuba 😊😊
Photos from Shahida Fariza
29/07/2022
RESEPI SARDIN ROLL
Bahan-bahan :
300 gram tepung gandum
120 gram marjerin/mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais ( air dari peti sejuk )
Inti sardin :
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam/secukup rasa
Sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis
Cara-cara untuk Inti sardin :
1.Lecek sardin ( keluarkan dulu sosnya ) gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata
2.Jika inti agak kering tambahkan sosnya
Untuk dos pastry :
1.Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti,Masukkan sedikit garam dan air ais hingga menjadi doh
2.Canai pastry hingga 3 mm tebal dan potong persegi 4×4 in.Isikan setiap pastry dengan inti sardin.Sapu tepi pastry dengan putih telur dan gulung kemas.
3.Letakkan atas dulang pembakar dan glis dengan kuning telur
4.Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastry dengan garpu
5.Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C di tingkat atas selama 10 minit
6.Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur ( supaya warna kuningnya lebih terang )
7.Kurangkan suhu kepada 130°C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak
*Doh pastry agak keras tetapi jangan di tambah air,doh akan rangup selepas di bakar*
*sukatan air ais saya sukat lebih dari 3 sudu,saya tuang sedikit demi sedikit,sambil di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan*
*untuk inti sardin saya ikut cara saya sendiri*
Credit : Azie Kitchen
24/07/2022
RESEPI DAGING BLACK PEPPER
Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)
Garam, gula, aji
Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.
masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!
Kredit: fatimah ibrahim
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Cyberjaya
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 15:00 |
| Friday | 09:00 - 15:00 |