Che Kam
Che Kam: Resepi, Tip Masakan & Vlog Tempat Menarik
Untuk produk review boleh whatsapp 0143555818
SSM : 201903052200 (002939008-U)
28/05/2026
“Tahun lepas akak terpaksa buang 16kg daging korban sebab rosak!”
Masa tengah borak dengan seorang akak dekat Pasar Siti Khadijah tadi, terdengar cerita ni. Mengucap panjang Che Kam. Bayangkan, 16 kilogram daging terpaksa dibuang macam tu je.
Bila tanya kenapa, akak tu cakap
“Peti sejuk kat rumah akak tu kecil, dik! Bila semua anak cucu & jiran-jiran bagi daging, akak sumbat je la padat-padat. Sekali tup-tup... semua rosak!”
Allahu, sayangnya... Rasa ralat sangat dengar. Tapi Che Kam bebel dalam hati jelah, tak sampai hati nak tegur depan-depan.
Sebab sebenarnya, kalau peti ais kita kecil, antara benda kita boleh buat:
Agihkan dekat orang lain yang lebih memerlukan.
Guna ilmu orang lama untuk simpan daging tanpa peti sejuk. Buat daging salai ke, daging pekasam ke... Insya-Allah boleh tahan berminggu atau berbulan-bulan kat luar. Sedap pun sedap!
Tapi itulah, bila dengar cerita akak tadi, terus Che Kam rasa bersyukur sangat. Mujurlah sebelum ni Che Kam dah siap-siap belikan peti freezer khas untuk mak sendiri dan mak mertua. Jadi, setiap kali musim korban, mereka boleh simpan daging tanpa risau membazir atau rosak.
Peti freezer ni rasanya pelaburan yang wajib ada kat rumah orang tua kita kat kampung. Lagi-lagi kalau jenis keluarga besar macam keluarga Che Kam ni. Setiap kali raya, bukan setakat daging korban, dengan berekor-ekor ayam, lauk-pauk frozen, semua boleh sumbat dalam tu.
Bila ada freezer asing macam ni, barulah mak tak pening kepala sumbat barang, dan paling penting... tak ada lagi isu buang makanan sebab rosak.
Agak-agak, peti ais mak ayah korang kat kampung tu muat lagi tak?
Daging korban paling sedap buat masak apa? 👀
"Apakah persamaan Nelayan & Diet?"
Dua-dua kelaut.. 🤣
21/05/2026
Kalau korang malas nak kopek bawang putih satu-satu, boleh try guna bawang putih tunggal (solo garlic)
Ini jenis bawang putih yang memang dari satu ulas sahaja, sebab tu lagi senang nak guna dalam masakan 😆
Sekali biji terus 1 ulas.. senang kerja, cepat siap!
Korang pernah guna tak?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Cyberjaya