Aiishif Trading

Aiishif Trading

Share

Our mission is to help you build long-term legacy wealth for your families.

20/03/2022

1. Ambil tindakan
Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Cuba bayangkan sekiranya anda sebagai usahawan mempunyai mentaliti yang malas dan tak mampu untuk mengambil tindakan dengan apa jua perkara yang akan anda lakukan. Adakah anda rasa bisnes anda akan berkembang? Mungkin anda antara usahawan yang mula gulung tikar dulu.
2. Ada perasaan takut
Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat apa-apa dengan perniagaan. Ramai usahawan bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk bergerak ke hadapan. Ada usahawan yang tak ‘takut mati’ dan tak takutkan kegagalan. Malah mereka sanggup lakukan apa saja untuk berjaya. Jika anda merasa tidak selamat, gunakan emosi itu untuk memandu anda untuk mencapai matlamat perniagaan anda.
3. Bijak Mencari Peluang
Usahawan harus bijak mencari peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan. Perniagaan yang mempunyai masalah besar sebenarnya ia menunjukkan mereka mencari peluang untuk memperbaiki diri dan operasi syarikat.

19/03/2022

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Harap semua dalam keadaan baik.
Pagi ini saya nak kongsikan sikit mengenai:
5 SIMPTOM ANDA DEMAM KEWANGAN
Anda ada simptom-simptom ni?. Cepat-cepat jumpa "doktor-doktor" kewangan untuk "merawat" demam anda ini ye. 😁

11/02/2022

TRADING TIPS📝

Apakah penawaran (Supply) dan permintaan (Demand) dalam perdagangan?

Penawaran - Jumlah yang ada pada harga tertentu.
Permintaan - Jumlah yang dikehendaki pada harga tertentu.

Apabila harga meningkat, kesediaan penjual untuk menjual produk juga akan meningkat. Sebaliknya menunjukkan bahawa ketika harga meningkat, kita melihat permintaan menurun. Pembeli akan membuat permintaan lebih banyak apabila harga lebih rendah.

Perubahan dalam penawaran dan permintaan menimbulkan trend kerana pedagang pasaran ini memperjuangkan untuk harga terbaik. Berita harian mempengaruhi ekonomi dunia, urus niaga antarabangsa dan keseimbangan pembayaran antara negara.

Berita positif biasanya akan meningkatkan permintaan dan mengurangkan penawaran, menyebabkan harga lebih tinggi. Berita negatif p**a biasanya akan menurunkan permintaan dan mengakibatkan peningkatan penawaran.

Semoga bermanfaat buat trader-trader🙏🏻

Want your business to be the top-listed Finance Company in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


George Town
10200