Al Fikh Orchard Georgetown

Al Fikh Orchard Georgetown

Share

The journey of success start here. Digital minds connect the dots.

Photos from Al Fikh Orchard Georgetown's post 22/12/2024

*ANUGERAH CEMERLANG DAN KONVOKESYEN* TADIKA BIJAK BESTARI AL FIKH ORCHARD GEORGETOWN
=======================================
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Tahun 2024 dapat disempurnakan dengan jayanya pada 21/12/24.

Kami amat berbangga dan gembira melihat pencapaian anak-anak didik kami yang telah berjaya melangkah ke tahap ini. Mereka adalah bukti hasil usaha, kesungguhan, dan doa kami semua

Sebagai pendidik, kami telah melalui pelbagai ragam pelajar daripada sekecil-kecil usia 3 tahun hingga ke murid 6 tahun. Setiap cabaran ini kami sambut dengan hati yang penuh sabar dan ikhlas demi membentuk sahsiah serta kecemerlangan akademik anak-anak.

MasyaAllah, semua ini tidak akan tercapai tanpa jasa dan usaha keras guru-guru Tadika Bijak Bestari yang sentiasa komited dalam memastikan pelajar-pelajar kita mencapai potensi terbaik mereka. Untuk itu, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tc zulfa, Tc Jun, Tc khairin, Tc Miza, Tc Aisyah, serta guru sampingan Pn Asma, Pn saffiya,dan Pn Habsyah.

Tidak lupa juga kepada ibu dan ayah yang telah memberikan sokongan serta kepercayaan kepada kami dalam mendidik anak-anak anda. Tanpa kerjasama erat ini, kejayaan mereka tidak mungkin dapat direalisasikan.

Terima kasih semua.

Want your school to be the top-listed School/college in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


20, Medan Sungkai, Georgetown
George Town
10460