Persiap Negeri Pulau Pinang - PPN

Persiap Negeri Pulau Pinang - PPN

Share

Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia

PERSIAP PPN
Jabatan Penjara Malaysia

Photos from Persiap Negeri Pulau Pinang - PPN's post 15/05/2026

14 MEI 2026 l KHAMIS

PERSIAP Negeri Pulau Pinang dijemput bersama-sama dalam program Reunion Ahli Bersekutu dan EXPOEM Pulau Pinang telah diadakan di Homestay Timbul,Pulau Pinang. Pengerusi PERSIAP Cawangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Puan Hazmawaty binti Che Ariffin turut hadir bersama wakil PERSIAP Cawangan Penjara Seberang Perai dan PERSIAP Cawangan Penjara Pulau Pinang.

Pengisian utama program adalah untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dikalangan ahli Program dimulakan dengan sesi ramah mesra antara para tetamu dan ahli yang hadir. Suasana program berlangsung dengan meriah dan penuh memori apabila para peserta berpeluang bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengimbau kenangan lama.

Selain itu, aktiviti makan durian turut diadakan sebagai acara utama program. Aktiviti ini berjaya menambahkan lagi kemeriahan program serta memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada ahli.

Disamping mengeratkan hubungan persahabatan, program ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli Bersekutu. Pihak Penganjur berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi hubungan.

Photos from Persiap Negeri Pulau Pinang - PPN's post 05/05/2026

4 MEI 2026 | ISNIN

Ziarah Kasih Adik Aryaan Raif bin Muhamad Khairol Anuar di Wad Kanak-Kanak C1 Hospital Pulau Pinang. Pengerusi PERSIAP Cawangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang Puan Hazmawaty binti Che Ariffin menyampaikan sumbangan daripada PERSIAP Negeri Pulau Pinang. Adik Aryaan dimasukkan ke wad kerana masalah batuk,kahak dan kurang oksigen, didoakan adik Aryaan diberi kesembuhan dan sembuh sedia kala.

Photos from Persiap Negeri Pulau Pinang - PPN's post 23/04/2026

21 APRIL 2026 | SELASA

Jemputan Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil arwah di rumah ahli PERSIAP Cawangan Penjara Seberang Perai.Jemputan bersama PERSIAP Penjara Negeri Pulau Pinang dan PERSIAP Penjara Seberang Perai. Terima Kasih atas jemputan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Pejabat Pengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang
George Town
10450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00