MASA ISDEV
Projek pembangunan insaniah oleh ISDEV USM
20/11/2025
🌟 PROGRAM SANTUNI MADANI: TIPS AKHIR SPM 2025 🌟
USM bersama Masjid Jamek Sungai Gelugor telah menganjurkan program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) pada 8 November 2025 yang lepas melibatkan lebih 30 calon SPM dari Ayer Itam, Sungai Gelugor, Taman Sardon dan Sungai Nibong termasuk anak-anak SPM 2025 di bawah projek MASA@Sungai Nibong.
Peserta mengikuti sesi motivasi, teknik menjawab oleh guru pakar SPM, pengurusan masa & stres, perkongsian kaunselor serta student buddies USM. Doa khas turut dibacakan untuk menguatkan semangat calon menjelang peperiksaan.
Program ini digerakkan oleh Pejabat Naib Canselor USM dengan sokongan PPIP, BJIM dan Masjid Jamek Sungai Gelugor. Naib Canselor USM menegaskan komitmen universiti dalam menyokong pelajar secara holistik iaitu akademik, motivasi dan kerohanian.
Semoga semua calon SPM 2025, termasuk anak-anak MASA@Sungai Nibong, mencapai kecemerlangan! 💪📘✨
17/10/2025
✨ Majlis Bacaan Yassin & Tahlil – 16 Oktober 2025 ✨
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin & Tahlil mingguan telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Surau Darus Salam, Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah semalam.
Bacaan Yassin telah diketuai oleh adik Muhammad Syakirin Abdul Mokhtar, salah seorang Ahli Isi Rumah (AIR) MASA@Sungai Nibong, yang kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Syria.
Selesai bacaan Yassin dan Tahlil, para jemaah bersama-sama menikmati jamuan makan yang disediakan secara gotong royong oleh ahli MASA dan penduduk pangsapuri wakaf.
Semoga majlis seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, semangat gotong-royong dan keberkatan hidup bermasyarakat.
09/10/2025
Alhamdulillah, Program Fiqh Wanita Siri Ke-9 anjuran MASA@Sungai Nibong telah diadakan pada 8 Oktober 2025 (Rabu, Setiap Minggu Pertama) di Surau Darus Salam Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah Sungai Nibong.
Perkongsian oleh Ustazah Fatimah Ishak sangat menyentuh hati dan mengingatkan kita tentang pentingnya solat yang sempurna dan penuh khusyuk. Moga ilmu yang dikongsi terus menambah kefahaman dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.
28/09/2025
🌸 Alhamdulillah, pada 20 September 2025 (Sabtu) jam 2.30 – 4.00 petang telah berlangsung Pertandingan Mewarna Sempena Maulidur Rasul 1447H di Pusat Interaksi Belia AYG, Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah, Sungai Nibong.
Disertai oleh anak-anak Pangsapuri Wakaf dalam dua kategori (4–6 tahun & 7–9 tahun), pertandingan ini berlangsung penuh meriah dengan kreativiti dan warna-warni yang mencerminkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🎨✨
Keputusan pertandingan telah diadili oleh Profesor Madya Dr. Fadzilla Azni Ahmad dan Dr. Azrin Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada semua peserta & pemenang – semoga semangat cinta Rasulullah SAW terus mekar dalam jiwa anak-anak kita. 💖
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
ISDEV
George Town
11800