JBPP N22 Tanjong Bunga

JBPP N22 Tanjong Bunga

Share

Jawatankuasa Belia Pulau Pinang Tanjong Bunga

27/05/2026

(Admin)

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh Umat Islam.

Hari Raya Aidiladha kembali lagi, membawa kita menyelami erti pengorbanan dan keikhlasan yang sebenar. Melalui ibadah korban, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada Pencipta, malah kita diajar untuk memperkukuh hubungan sesama manusia melalui amalan bersedekah dan saling membantu.

Sebagai sebuah keluarga besar di KADUN Tanjong Bunga, marilah kita jadikan momentum Aidiladha ini untuk memperteguh semangat perpaduan, bertolak ansur, dan sentiasa memikirkan kebajikan jiran tetangga kita, terutamanya mereka yang sedang menguji kesabaran hidup.

Pengorbanan kita dalam menjaga keharmonian komuniti adalah kunci kekuatan kita bersama.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati-Nya. Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya.

01/05/2026

-Admin-

Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar di kedai Nyonya;
Gigih bekerja demi bangsa,
Rehatkan diri raikan harinya.

Kejayaan sesebuah organisasi atau negara tidak terletak pada seorang individu sahaja, tetapi pada kesatuan hati dan usaha setiap pekerja di setiap peringkat. Daripada mereka yang bekerja di pejabat, di barisan hadapan, hinggalah ke unit sokongan, setiap peranan anda adalah sangat bermakna.

Hari ini adalah hari untuk kita menghargai diri sendiri. Ambil masa sejenak untuk ‘disconnect’ daripada urusan kerja dan ‘recharge’ semula semangat.

Selamat menyambut Hari Pekerja!

Photos from JBPP N22 Tanjong Bunga's post 20/04/2026

JBPP Tanjong Bunga komited dalam memperkasa suara belia 💪✨

Hari ini, kami telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama PYDC bagi membincangkan Rangka Kerja Strategik Pembangunan Belia Pulau Pinang. Untuk kongsi idea, bagi pandangan, dan pastikan suara anak muda terus didengari 💬✨

Semoga setiap usaha ini membawa perubahan positif kepada masa depan belia Pulau Pinang 🌟

Photos from JBPP N22 Tanjong Bunga's post 06/04/2026

Every drop donated today carries hope, strength, and a second chance at life. ❤️🩸

We are deeply grateful to all our amazing blood donors for stepping forward and making a real difference in our community.

A heartfelt appreciation to YB Zairil Khir Johari, Mr. Lee Seng Hwai, MPKK Sri Tanjong Pinang, JPWK, MBPP, Hospital Pulau Pinang, and Pasukan Kecemasan Malaysia Kontingen Daerah Timur for their unwavering support and collaboration.

Together, we continue to uplift life. One drop at a time. ✨

21/03/2026

Admin

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang yang saya kasihi.

Marilah kita mengambil peluang Aidilfitri ini untuk memper-erat silaturahim, menyemai perpaduan dan memperkukuh semangat kebersamaan.

Mekar bunga di tepi laman,
Harum baunya menawan hati,
Syawal tiba menyulam iman,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Selamat Hari Raya semua!!! 🥰

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


A-2-3, Vantage Jalan Desiran Tanjong
George Town
10470

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00