Rapid Penang
Menjadi Pilihan Pertama untuk Mobiliti Bandar
To Be The First Choice for Urban Mobility Public Bus Transport Services in Penang Island and Mainland
Info: Gangguan Trafik (Laluan 12, 301, 302, 303 & 401)
Bas tidak dapat melalui Lebuh Lintang kerana jalan ditutup oleh pihak polis. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Magazine dan Jalan Penang sebelum kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Komtar
Segala kesulitan amat dikesali.
**
Info: Traffic Disruption (Route 12, 301, 302, 303 & 401)
Buses are unable to pass through Lebuh Lintang as the road has been closed by the police. Buses will be diverted via Jalan Magazine and Jalan Penang before returning to the original route.
Unserviceable bus stops:
1) Komtar
We sincerely regret any inconvenience caused.
11/07/2026
Kepada penumpang Rapid Penang,
Pastikan anda sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri, terutamanya sepanjang tempoh cuaca hujan lebat serta angin kencang yang melanda Pulau Pinang.
Berhati-hati ketika menaiki dan menuruni bas, terutama apabila permukaan jalan yang basah dan licin.
Gunakan payung atau baju hujan yang sesuai serta simpan barangan peribadi dengan selamat.
Elakkan berteduh di kawasan yang berisiko seperti bawah pokok besar atau struktur yang tidak kukuh semasa menunggu bas.
Ikuti laman Facebook rasmi Rapid Penang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sebarang perubahan atau gangguan perkhidmatan.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Pahang (Bera dan Rompin) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor sehingga 3:00 petang; Sabtu, 11 Julai 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 11:50 pagi, 11 Julai 2026
11/07/2026
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-85 kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Semoga TYT Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, dan terus diberkati dalam memayungi kepimpinan Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini.
Tulus Ikhlas Daripada Rapid Penang
09/07/2026
Penutupan Kaunter Khidmat Pelanggan Di Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit) Pada 13 Julai 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
1 Lorong Kulit
George Town
10460
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |