mercikkk.com official

mercikkk.com official

Share

Welcome To mercikkk.com official Page....#jomfollow #jomlike #jomshare #jomcomment

Photos from mercikkk.com official's post 30/05/2026

ROYALE CHULAN PENANG MEMPERKENALKAN PENGALAMAN BUFET “PLATES” MAKAN SAMPAI PUAS HANYA RM99++

Pilih dan makan sampai puas, pasti korang puas hati dengan sajian bufet terbaru ‘Plates’ yang diperkenalkan Royale Chulan Hotel Penang.

Plates menampilkan dua konsep sekaligus selain bufet dimana pengunjung boleh nikmati bufet dan juga sajian menu istimewa yang dipilih terus dari dapur ke meja anda.

Pilih je yang mana anda s**a dan makan tanpa had tau! macam-macam ada.

Bermula daripada makanan laut segar termasuk udang karang, udang besar, ketam, serta pelbagai pembuka selera dan juadah tempatan yang menyelerakan.

Turut disajikan daging Lembu Black Angus dan daging kambing yang boleh dipesan tanpa had dan nikmatinya sampai puas.

Bufet ini disediakan setiap Jumaat dan Sabtu Dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam bermula dari 22 Mei 2026.

💰 Harga yang sangat berbaloi:
• Dewasa: RM99++ seorang
• Warga emas & kanak-kanak: RM79++ seorang
• Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah makan PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang ini — tempah tempat anda sekarang melalui WhatsApp terus di talian 016 330 3408.

Rudy Syareme Sheriffudin Eiylla Dharithssa Ibrahim Royale Chulan Penang

20/05/2026

“NIAT” — Sebuah Luahan Tentang Ketakutan Untuk Mencintai dari Zynakal
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Sekian lama lagu baru akhirnya, Zynakal kembali dengan single terbarunya “NIAT”.

Lagu terbaru ini adalah sebuah karya yang menyentuh sisi emosi mengenai persoalan keikhlasan, ketakutan untuk jatuh cinta, dan dilema dalam membuka hati selepas melalui pelbagai pengalaman hidup.

Zynakal yang dikenali sebagai figura muzik yang mempunyai identiti tersendiri dalam dunia hip hop dan pop urban tempatan turut mempertaruhkan penulisan yang dekat dengan realiti generasi muda hari ini.

Lagu ini juga membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang cuba memahami maksud sebenar hubungan, sama ada hadirnya seseorang itu kerana cinta, atau sekadar untuk mengisi kekosongan hati.

Melalui lirik seperti “apa niat dalam hati, benarkah aku kau cari, atau cuma mahu isi kekosongan dalam hati”, lagu ini menggambarkan konflik dalaman seseorang yang takut untuk terlalu rapat kerana trauma dan pengalaman lalu, namun pada masa sama mula menyedari perasaan yang semakin s**ar untuk disembunyikan.

Nama Zynakal bukan asing dalam industri muzik tanahair dan sebelum bergelar penyanyi, beliau terlebih dahulu mencipta nama sebagai komposer dan penerbit rakaman menerusi lagu-lagu pop**ar seperti “Sabar” nyanyian Ismail Izzani, “Selamat Tinggal Sayang” oleh Haqiem Rusli serta “Terasa Cinta” nyanyian Fara Hezel dan Aiman Tino.

Karier nyanyiannya mula melonjak menerusi single “Terbang” pada tahun 2018 sebelum fenomena “Sakit” bersama Yonnyboii meletakkan namanya sebagai antara artis muda paling berpengaruh dalam muzik arus perdana tempatan.

Lagu Sakit pernah menduduki tangga pertama carta RIM ‘Single Paling Distrim di Malaysia’ selama lapan minggu berturut-turut.

Mengimbau sejarah perjalanan seni, Zynakal turut melalui pelbagai fasa kehidupan yang membentuk dirinya sebagai seorang pengkarya yang lebih matang dan jujur dalam penulisan.

“NIAT” juga menjadi refleksi kepada emosi dan pengalaman yang dekat dengan realiti ramai pendengar tentang rasa takut untuk mencintai, namun pada masa sama berharap untuk difahami dan susunan muzik yang minimal tetapi emosional ia hadir dengan gabungan melodi santai dan lirik yang mudah melekat, sekaligus menjadikan lagu ini relatable buat pendengar yang pernah berdepan situasi hubungan yang tidak pasti.

“NIAT” kini boleh distrim di semua platform digital.

Komposer: Zynakal
Lirik: Zynakal
Diterbitkan oleh: Wongie7
Jurutera Adunan (Mixing Engineer): Zynakal
Jurutera Mastering (Mastering Engineer): Ian Koren

Photos from mercikkk.com official's post 15/05/2026

2 DJ Wanita Malaysia & Indonesia Bergabung Warner Konsert Revolusi Radja 25 Tahun.
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Tarikh 11 Julai 2926 bakal menjadi kenangan terindah apabila Radja kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang akan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kump**an pop**ar Indonesia ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa buat penonton, termasuk persembahan tribute unik dua DJ profesional wanita dari Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan lagu-lagu Radja dalam susunan muzik elektronik lebih segar dan moden.

Konsert anjuran DHYAH PROD7CTION bersama INFINITY LOVE CREATIVE VENTURES ini diadakan khas sempena meraikan perjalanan 25 tahun Radja dalam industri muzik Nusantara sekali gus menjadi simbol penghargaan buat para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni mereka sejak dahulu hingga kini.

Sebelum ini fenomena Konsert RadjaWali yang berlangsung pada awal Januari tahun ini dan kali ini kemunculan semula Radja ke Malaysia kali ini pastinya lebih dinantikan.

Lebih istimewa, konsert ini merupakan sebuah persembahan solo penuh yang memberi fokus sepenuhnya kepada kekuatan muzik, vokal dan identiti sebenar kump**an itu.

Lagu-lagu pop**ar seperti Cinderella, Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu, Manusia Biasa, Jangan Sakiti Aku, Aku Ada Karena Kau Ada dan banyak lagi yang telah menjadi siulan ramai selama lebih dua dekad pasti akan dipersembahankan.

Lagu-lagu seperti Cinderella, Jujur dan Manusia Biasasememangnya dianggap sebagai antara “signature songs” Radja yang sentiasa menjadi kemuncak setiap persembahan live mereka.

Tidak dinafikan, lagu-lagu ini juga terus kekal relevan dan dekat di hati peminat pelbagai generasi.

Bagi konsert kini Radja yang dianggotai
Ian Kasela selaku vokalis utama, Moldy (gitaris / komposer utama), Adit (pemain bass) dan Seno Aji (pemain dram) sekitar awal 2000-an, yang ketika itu menjadi fenomena besar dalam industri muzik serantau.

Wakil penganjur, Mubarak Akhtar Mohd Aris, berkata konsert ini merupakan peluang terbaik buat peminat yang merasakan persembahan Radja dalam Konsert RadjaWali sebelum ini tidak mencukupi untuk menikmati pengalaman sebenar menyaksikan kump**an tersebut beraksi dalam format konsert penuh.

“Bagi peminat Radja yang masih belum puas menyaksikan persembahan mereka ketika Konsert RadjaWali pada Januari lalu, inilah peluang terbaik untuk hadir dan menikmati persembahan Radja secara eksklusif dalam konsert solo mereka sendiri,” kata beliau.

Tambah Mubarak lagi, konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa buat penonton, termasuk persembahan tribute unik oleh dua DJ profesional wanita dari Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan lagu-lagu Radja dalam susunan muzik elektronik yang lebih segar dan moden.

“Setakat ini DJ wanita dari Indonesia yang sudah mengesahkan penglibatannya di dalam konsert ini adalah Nathalie Holscher dan beliau adalah salah seorang DJ yang sedang meningkat naik namanya di negara republik ini.

“Walaupun diberi pembaharuan dari segi susunan muzik, identiti asal serta kekuatan emosi setiap karya tetap dikekalkan, sekali gus menawarkan pengalaman persembahan yang lebih moden, bertenaga dan relevan dengan citarasa penonton masa kini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa konsert ini akan menjadi lebih istimewa dengan kemunculan beberapa penyanyi jemputan dari Malaysia yang akan diumumkan dalam masa terdekat, sekali gus menambahkan lagi nilai eksklusif kepada acara berprestij ini.

Sementara mewakili Radja, Ian Kasela berkata, Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati kami sejak awal perjalanan seni Radja.

“Setiap kali kami membuat persembahan di sini, sambutan yang diberikan peminat sentiasa luar biasa dan penuh kehangatan.

“Konsert Revolusi Radja 25 Tahun ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu perjalanan emosi yang meraikan 25 tahun muzik, kenangan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada para peminat kami di Malaysia dan seluruh Nusantara.

“Kami tidak sabar untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berkongsi malam yang penuh nostalgia ini bersama anda semua. Ini adalah hadiah istimewa daripada Radja untuk semua peminat setia kami,” jelasnya.

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun dijangka menjadi sebuah malam penuh nostalgia, emosi dan energi yang bakal mengubat kerinduan peminat terhadap persembahan solo kump**an legenda ini dan mengukuhkan lagi kedudukan Radja sebagai antara nama besar dalam industri muzik Nusantara.

Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, kategori harga serta barisan penuh persembahan akan diumumkan di laman sesawang rasmi: https://www.airasia.com/movetix/en-gb/dalam masa terdekat.

Radja Band

Want your business to be the top-listed Media Company in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


George Town