Rosaidi Bin Haji Hashim
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan.
10/11/2025
Kedah kini berada di fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan negeri itu dengan Pulau Pinang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756066/edisi/utara/kedah-akan-mulakan-proses-undang-undang-isu-pajakan-p**au-pinang
02/11/2025
Cinta Itu Buta… Tapi Iman Itu Celik
Ada satu perkara pelik tentang manusia. Bila sebut soal cinta, ramai jadi berani buat apa yang sebelum ini mereka sendiri tahu tak patut. Viral kes gaduh sebab berebut pasangan, putus cinta sampai hilang kewarasan, sanggup aibkan diri demi perhatian… seolah-olah cinta itu menutup mata dan mematikan hati.
Cinta itu buta,
Buta itu meraba-raba,
Meraba-raba itu berdosa,
Berdosa itu bawa ke neraka…
Kesimp**annya, jangan couple. Bercinta dengan Allah dahulu.
Ayat nampak sempoi. Tapi dalam hidup, itulah perang yang sedang berlaku dalam hati ramai orang. Kita nak cari bahagia, tapi kita tersilap jalan. Kita nak cinta, tapi kita lupa siapa Pemilik Cinta.
Tengok sejarah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Bila ujian cinta datang, Nabi Yusuf lari… bukan sebab lemah, tapi sebab takutkan Allah. Zulaikha sanggup kerana dunia, Nabi Yusuf hanya takut pada akhirat.
Itu beza cinta manusia yang buta, dan cinta orang beriman yang celik.
✔ Bila cinta manusia jadi nombor satu, hati sakit.
✔ Bila cinta Allah jadi nombor satu, hati sembuh.
✔ Bila hati sembuh, Allah kirim orang yang betul.
Jadi hari ini, pesan untuk diri kita sendiri…
Kalau hati tengah meraba-raba dalam gelap, jangan tambah dosa. Pegang Quran. Cari masjid. Cari sujud. Cari Allah.
Manusia belum tentu setia.
Allah tak pernah curang.
Tak pernah lambat.
Tak pernah salah.
Kita semua pernah tersilap langkah, tapi pintu Allah tak pernah tutup.
Cinta itu buta…
Tapi iman itu celik.
Dan bila hati celik, kita akan faham:
Cinta paling indah bukan yang buat kita leka…
Tapi yang buat kita dekat dengan Tuhan.
19/10/2025
To all my Indian members.. May this Deepavali festival strengthen the bond of love and bring a thousand blessings to your family.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Georgetown