Hospital Gerik

Hospital Gerik

Share

Kami Sedia Membantu !

22/05/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ @ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐†๐„๐‘๐ˆ๐Š

Mari bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan ! Sertai Program Derma Darah Bulanan anjuran Tabung Darah Hospital Gerik dan jadilah wira penyelamat nyawa.

๐Ÿ“… Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 8.00AM - 1.00PM
๐Ÿ“ Tempat : Bilik Derma Darah, Hospital Gerik

Ayuh! Setiap titisan darah anda membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. ๐Ÿ’‰โค๏ธ

12/05/2026

๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿฉบโœจ

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐ŸŒน

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang bergelar jururawat, khususnya buat seluruh Warga Jururawat Hospital Gerik. ๐Ÿฅ๐Ÿ’™

Kalian adalah wira yang tidak didendang, sentiasa teguh berdiri di garis hadapan demi kesejahteraan komuniti.

๐ŸŒฟ Kain songket tenunan desa,
Dipakai segak si anak watan;
Penat dan lelah tidak dirasa,
Demi tugas dan perkhidmatan.

๐ŸŒฟ Pohon keranji di tepi muara,
Tempat berteduh si burung nuri;
Budi yang baik tidak terkira,
Semoga sentiasa diberkati Ilahi.

Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi, dan kasih sayang anda dalam merawat serta menjaga kesejahteraan masyarakat tanpa mengira penat dan lelah. Jasa kalian akan sentiasa terpahat di hati.

Ikhlas daripada:
Pengarah Hospital Gerik & Seluruh Warga Hospital Gerik ๐Ÿ•Š๏ธ

Photos from Hospital Gerik's post 09/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐๐“๐”๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐๐” & ๐๐€๐˜๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Satu detik bersejarah telah tercipta apabila Hospital Gerik menerima kunjungan daripada delegasi ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐’๐š๐›๐ข๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐๐’๐Œ๐Œ) ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค yang hadir dengan visi murni untuk menyantuni ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.

Ini merupakan julung-julung kalinya kolaborasi rasmi diadakan antara pihak hospital dan BSMM. Bagi memeterai kerjasama ini, satu sesi menandatangani Memorandum Kolaborasi telah disempurnakan oleh ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐๐š๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ค๐ก๐š๐ง, mewakili Hospital Gerik, bersama Yang Berbahagia ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ฎ๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐ข, Pengerusi BSMM Negeri Perak.

Kerjasama ini menjadi lebih istimewa kerana dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Perak.

Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, malah menjadi platform "Tak Kenal Maka Tak Cinta" bagi warga hospital untuk memahami dengan lebih dekat fungsi serta peranan sebenar BSMM di dalam komuniti.

Pihak pengurusan Hospital Gerik mengucapkan jutaan terima kasih kepada BSMM Negeri Perak kerana sudi memilih hospital kami sebagai salah satu lokasi sambutan pada kali ini.

Semoga sinergi murni ini terus berkembang dan membuahkan hasil demi kesejahteraan komuniti serta perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik, khususnya buat penduduk di daerah Hulu Perak. ๐Ÿค๐Ÿฅโค๏ธ

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐’๐š๐›๐ข๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง! ๐ŸŒนโœจ

Photos from Pengarah Hospital Gerik's post 01/05/2026

Tahniah kepada semua warga Hospital Gerik!

Want your practice to be the top-listed Clinic in Gerik?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Hospital Gerik, Jalan Intan
Gerik
33300