D.A

D.A

Share

Depends On You.

15/07/2021

Tips Berpakaian untuk Lelaki

Lelaki juga sekarang ramai yang menjaga penampilan diri agar keyakinan diri dapat bertambah. Tapi biasa mereka agak leceh untuk menjaga penampilan kerana fikir perlu menjaga semua aspek. Namun untuk lelaki tidak semestinya perlu berlebihan. Yang penting, amalkan gaya yang sederhana dan pentingkan aspek ‘simple but nice'. Jom admin kongsikan sedikit tips

1. Pilih pakaian yang Fit
Ini merupakan 'Golden Rule' apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda. Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. Fit bukan bermakna ketat ya!

2. Pilihan warna
Keep it Simple! Anda digalakkan mengayakan pakaian tidak lebih daripada 3 warna. Lebih daripada itu akan mengurangkan seri penampilan anda dan kelihatan seperti badut yang berwarna warni. Pemakaian yang ringkas seperti T-shirt dan jeans dengan warna yang kontra sudah memadai.

3. Padanan Pakaian

Sebenarnya untuk bergaya tidak memerlukan pakaian yang beribu -beribu ringgit ,apa yang perlu dilakukan adalah bijak memilih padanan yang sesuai. Seperti contoh pakai T-shirt biasa yang dipadankan dengan chino pants dan dilengkapkan dengan sepasang kasut putih dan jam tangan sudah cukup untuk menarik perhatian orang ketika anda berjalan.

Jika anda inginkan tips lanjut, bolehlah berkonsultasi dengan hubungi nombor tertera.

📱 : 011611022

Photos from D.A's post 13/07/2021

Cara Kecilkan Lengan Baju Tanpa Alteration.

Kalau anda seorang yang kurus pasti akan mengalami masalah di mana lengan baju tak fit atau terlalu besar. Nak pergi alter tapi kedai tutup sebab PKP. Jangan risau kami ada solusinya, yang perlu anda sediakan hanya klip kertas sahaja. Wah guna klip kertas je, macam mana tu ? mari admin ajarkan.

1. Tukarkan baju dari dalam ke luar.
2. Ukur mengikut saiz kesesuaian anda seperti contoh 1 inchi.
3. Letakkan klip kertas pada bahagian yang ditanda.
4. Tukarkan kembali baju dan tadaa, baju anda siap dipakai.

Mudahkan. Selamat mencuba.

Jika anda mahukan lebih banyak tips boleh hubungi pada nombor yang tertera :

📱 : 011611022

10/07/2021

KALA COLLECTION SAMPAI ‼🌈

Menampilkan design 'Shohoku' dalam koleksi terbaru kami. Ia direka bersama warna merah yang akan menampakkan IMEJ GARANG si pemakai . Jika sebelum ini kami hanya menampilan warna neutral. Sekarang, rasailah keriangan warna-warni bersama T-shirt ini.

Antara kelebihan produk :
- Fabrik diperbuat daripada cotton sepenuhnya
- Kain yang SELESA , LEMBUT dan Tidak PANAS
- Design yang sangat MENARIK
- Design tidak cepat luntur dan TAHAN LAMA
(100% DIJAMIN ATAU WANG ANDA DIKEMBALIKAN )

Ingin jadi yang pertama memilikinya ? cepat !!! hubungi nombor tertera sementara stok masih ADA.

Harga :
Basic : RM 35.00
Premium : RM 40.00

Nombor untuk dihubungi :
📱 : 0116110222

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Gua Musang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


PT 8, Wisma Sri Galas, Bandar Baru
Gua Musang
18300