Stratcomm Perak
Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak @Stratcomm Perak
Sahih, Cepat & Progresif
13/05/2026
Semua Insentif Perak Sejahtera : Prihatin Rakyat 2026
Jangan Lepaskan Peluang Ke Emasan Ini Terdapat 5 Insentif Utama Diberikan.
Tempoh Di berikan Sehingga 30 September 2026.
Ape lagi Jom Bayar Cukai Tanah
Sumber : Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak
"Perak Sejahtera 2030"
Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami:
(Instagram, TikTok & Facebook)
13/05/2026
13/05/2026
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ! โก๏ธ
Warga Perak, adakah anda sudah bersedia? Jelajah AIM TVET (Aspiration . Innovation . Mastery) kini kembali dan akan menggegarkan Ipoh tidak lama lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk meneroka masa depan dunia kemahiran dan inovasi di peringkat Negeri Perak. Datang beramai-ramai untuk melihat sendiri potensi TVET dalam menjamin kerjaya yang lebih cemerlang.
๐ ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข: ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐๐ง ๐๐ณ๐ฅ๐๐ง ๐๐ก๐๐ก, ๐๐ฉ๐จ๐ก
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ)
๐ ๐๐๐ฌ๐: ๐.๐๐ ๐๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐๐๐ญ๐๐ง๐
Ayuh, kita penuhkan Bulatan Sultan Azlan Shah Sabtu ini! Jumpa anda di sana! ๐
13/05/2026
๐ TAWARAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK 2026 ๐
Anda anak Perak dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi? Kini, permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak bagi sesi 2026 akan dibuka!
๐ป Permohonan secara dalam talian (online)
๐ Mohon di: https://studyfund.perak.gov.my
๐ Peringkat Pengajian Yang Ditawarkan:
โ
Diploma
โ
Ijazah Sarjana Muda (Degree) โ Dalam & Luar Negara
โ
Ijazah Sarjana (Master)
โ
Ijazah Kedoktoran (PhD)
๐ Tarikh Permohonan:
๐
15 Mei 2026 - 14 Julai 2026
Sebarang pertanyaan, hubungi:
๐ฉ [email protected]
๐ 05-2095000 (Unit Pinjaman)
Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga yang berminat! โจ
MINDA PENGARAH SC
Kesiapsiagaan Negeri Perak Dalam Menangani Impak Krisis Global
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit penjelasan mengenai Krisis Asia Barat, apa yang sedang berlaku, kesannya terhadap dunia termasuk Malaysia, serta menjawab persoalan ramai sama ada Kerajaan Negeri Perak mempunyai persediaan dan langkah tertentu dalam menghadapi situasi ini demi membantu serta melindungi kebajikan rakyat Perak.
Konflik geopolitik di Asia Barat ketika ini bukan lagi sekadar isu luar negara yang jauh daripada kehidupan rakyat. Ketidaktentuan global melibatkan kuasa-kuasa besar dunia termasuk konflik Iran-Amerika Syarikat (AS) memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia melalui kenaikan harga minyak, peningkatan kos logistik serta tekanan terhadap rantaian bekalan makanan dan barangan asas.
Malaysia sebagai sebuah negara dagangan terbuka turut menerima tempias daripada ketidaktentuan ini. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada kos pengangkutan logistik, pengeluaran makanan serta operasi perniagaan yang akhirnya mempengaruhi harga barangan dan kos sara hidup rakyat.
Menyedari cabaran tersebut, Kerajaan Negeri Perak tidak memilih untuk โtunggu dan lihatโ. Sebaliknya, mengambil pendekatan proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Impak Krisis Negeri Perak dan Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis Negeri Perak bagi menyelaras langkah mitigasi secara tersusun dan berfasa demi memastikan impak krisis dapat diminimumkan serta kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Untuk pengetahuan, hala tuju kerajaan negeri dalam mendepani krisis ini digerakkan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Bantuan Bersasar, Perlindungan Hasil dan Kesinambungan Ekonomi. Hala tuju ini dapat saya katakan amat penting bagi memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada kumpulan terkesan tanpa menjejaskan kestabilan kewangan negeri dan kelancaran pasaran.
Sebagai langkah awal atau โQuick Winโ, Kerajaan Negeri melaksanakan Program Pasar Sejahtera Rakyat Perak di seluruh daerah dengan peruntukkan RM2 juta bermula Mei hingga Disember 2026 bagi membantu rakyat mendapatkan barangan asas pada harga lebih rendah.
Secara keseluruhan, kerajaan negeri memperuntukkan RM3.7 juta bagi pelaksanaan inisiatif jualan murah di seluruh negeri melibatkan Pasar Sejahtera Rakyat Perak, Jualan Sejahtera Rakyat di 59 DUN, Jualan Sejahtera Rahmah dan Jualan Koperasi Perak Sejahtera.
Walaupun kawalan harga siling makanan dan bahan mentah utama berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak tetap memainkan peranan melalui bantuan dan intervensi bersasar seperti Pasar Sejahtera Rakyat Perak yang bertindak sebagai salah satu bentuk subsidi kerajaan negeri bagi membantu rakyat mendapatkan barangan asas pada harga lebih rendah.
Dalam masa sama, kerajaan negeri turut meneliti beberapa langkah intervensi dan pendekatan bersesuaian melibatkan aspek pentadbiran serta fasilitasi ekonomi bagi membantu mengurangkan tekanan semasa terhadap rakyat dan memastikan kesinambungan aktiviti ekonomi negeri terus kekal stabil dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.
Apa yang lebih penting, setiap tindakan yang diambil kerajaan negeri bukan bersifat sementara atau populis semata-mata, tetapi ianya dirancang secara berfasa berdasarkan kajian dan data semasa. Institut Darul Ridzuan (IDR) turut menjalankan kajian awal berkaitan impak krisis ini bagi membantu kerajaan negeri merangka tindakan yang lebih tepat dan berkesan.
Akhir kata, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, rakyat memerlukan keyakinan bahwa kerajaan sentiasa hadir bersama mereka. Justeru, apa yang dilakukan Kerajaan Negeri Perak hari ini memperlihatkan satu bentuk tadbir urus yang responsif, berpandangan jauh dan berorientasikan rakyat.
Krisis global mungkin berada di luar kawalan negeri atau negara, namun bagaimana sesebuah kerajaan bertindak balas terhadap krisis itulah yang menentukan tahap kesiapsiagaan, keprihatinan dan keupayaan pentadbiran dalam melindungi rakyat serta memastikan kestabilan ekonomi terus terpelihara.
Bak kata Winston Churchill:
โThe pessimist sees difficulty in every opportunity. The optimist sees opportunity in every difficulty.โ
Sekian,
Salam Hujung Minggu.
Iqbal Jamal Jamaludin
9 Mei 2026
"Perak Sejahtera 2030"
Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami:
(Instagram, TikTok & Facebook)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
JKR 3074, Jalan Padang Tembak
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |