SMK Raja Permaisuri Bainun
Page rasmi SMK Raja Permaisuri Bainun yang memaparkan info semasa serta aktiviti sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan mengucapkan tahniah kepada SMK Raja Permaisuri Bainun atas pencapaian SPM 2025 yang memberangsangkan.
Beliau turut mencabar calon SPM 2026 agar berusaha mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun ini.
06/04/2026
FB: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 APRIL 2026 | MAJLIS PENYERAHAN BAS BAHARU DI NEGERI PERAK
Majlis Penyerahan Bas Baharu Negeri Perak kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh pada 6 April 2026.
Penyerahan bas berkapasiti 40 penumpang ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkukuh kemudahan sokongan pendidikan, khususnya aspek pengangkutan pelajar. Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi menggantikan bas sedia ada yang telah berkhidmat sejak tahun 2002, demi memastikan kemudahan yang lebih selamat, selesa dan efisien dapat dinikmati oleh warga sekolah.
Turut hadir, YBhg. Datin Khalilah binti Za’aba Pengetua Cemerlang SMK Raja Permaisuri Bainun, YBrs. Dr. Noor Azman bin Hanif Pengetua SMK Anderson, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara serta warga sekolah.
Tahun Ini, Tahun Kita.
https://www.facebook.com/share/1Q1r28zdfq/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Intan, Kampung Dato' Ahmad Said
Ipoh
30020