Program Khidmat Masyarakat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Khidmat Masyarakat, Community Service, Jalan Raja Musa Mahadi, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
01/10/2021
Syukur dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuhan kerana tanpa izin-Nya kami takkan dapat memperoleh kejayaan seperti ini.
Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyertai pertandingan E-Sulam ini. Diharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada PUO terutama kepada Pengarah (Ts. HAJI MOHD FISAL HAROON), TPA (DR IZWAH ISMAIL) dan TPSA (Dr SUPA’AT ZAKARIA) kerana telah memberikan platform dan peluang untuk kami menyertai pertandingan E sulam.
Tidak dilupakan kepada KJ kejuruteraan Awam, EN. MOHD AZMI ZULKIFLI dan ketua program BCET, DR AZUIN RAMLI kerana sentiasa menyokong kami serta setinggi penghargaan kepada kedua dua pensyarah kursus kami iaitu DR AZUIN RAMLI dan PN SHARINATOL AKMANIDA JAMALUDIN atas bimbingan dan dorongan sepanjang pertandingan ini berjalan.
Kepada KRU team, JPPKK, PN YONG RASHIDAH, EN MUHAMMAD ZAKI dan EN JAMRI, terima kasih kami ucapkan atas tunjuk ajar dan kerjasama yang telah diberikan kepada kami.
Para guru, ibu bapa dan pelajar terutama kepada 10 buah sekolah yang terlibat, kami ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kolaborasi yang telah dibuat bersama kami.
Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan dan rakan sekelas yang sentiasa menyokong dan membantu kami selama ini serta pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
Sesungguhnya kejayaan kami hari ini atas usaha semua pihak dan kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Terima kasih saya ucapkan. Sekian.
26/03/2021
Assalamuailaikum dan salam sejahtera.
Di bawah merupakan Brosur bagi Projek ini. Jangan lupa like dan share. Dalam brosur tersebut terdapat senarai pihak sekolah yang telah sudi berkolaborasi dengan kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat.
Jangan lupa like, share dan scan QR code di bawah!!
Terima Kasih!!!
26/03/2021
Assalamuailaikum dan salam sejahtera. Kumpulan pelajar semester 5, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dari Politeknik Ungku Omar telah melaksanakan projek khidmat masyarakat melalui kursus BUR 3012 Khidmat Masyarakat, dengan membantu para guru dan sekolah yang terpilih menghasilkan aplikasi ‘Android application package’(APK) yang memudahkan pengaturan nota oleh guru, serta proses PdP pelajar tanpa talian internet.
Terima kasih kepada pensyarah yang menyelaras, Puan Sharinatol Akmanida binti Jamaludin atas tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami sepanjang projek ini berjalan. Tidak lupa kepada pelajar Kohort 7 yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan projek ini. Ribuan terima kasih kepada para guru dan sekolah yang terlibat dalam projek ini.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PUO dan pihak luar yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
Jangan lupa like dan share link YouTube di bawah. Kerjasama daripada anda semua amat kami hargai. Ribuan Terima kasih atas sokongan anda semua.
https://youtu.be/GgKs9oLDsjo
Projek CSR Aplikasi 'Android Application Package' (APK) Pada tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan berita pandemik COVID-19 dan kehidupan masyarakat dunia mula menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam pro...
21/03/2021
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Minta jasa baik Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk mengisi google form di bawah.
Google form ini bertujuan untuk meminta maklum balas berkaitan dengan nota APK yang telah dihasilkan oleh kami (Pelajar PUO).
Sasaran: Pelajar Tahun 4,5 dan 6 serta Tingkatan 1,2,4 dan 5.
https://forms.gle/6EaQHtE2PaML7Wof9
APLIKASI PENGGUNAAN (APK) BAGI PENGHASILAN NOTA PdPR Penganjur: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar. Objektif: Penghasilan aplikasi ini adalah bagi menbantu proses PdPR bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Sasaran: Pelajar
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Berikut merupakan hasil nota apk yang telah kami hasilkan bagi memudahkan pengaturan nota oleh guru, seterusnya akan memudahkan proses PdP pelajar.
Antara nota yang dihasilkan termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sains bagi Sekolah Rendah. Manakala untuk Sekolah Menengah nota yang dihasilkan merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Agama Islam, Matematik, Kimia dan juga Biologi.
Nota APK boleh dimuat turun melalui link dibawah:
https://drive.google.com/drive/folders/18weEu-mGXhEHaIKYP1e7yQIIBmrk6T3b?usp=sharing
Terima kasih kerana meluangkan masa dan selamat mencuba!
p/s Sila pastikan anda menggunakan browser 'google chrome' dalam telefon bimbit anda atau 'sign in' terlebih dahulu untuk memuat turun aplikasi tersebut. Sebarang permasalahan yang anda hadapi sila paparkan di dalam comment di bawah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Jalan Raja Musa Mahadi, Politeknik Ungku Omar
Ipoh
31400