Info Rakyat
Informasi terkini untuk Rakyat Malaysia
Assalammulaikum & salam sejahtera.
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
18/04/2021
Muhyiddin, amanah sebagai ketua.
Dalam bahasa arab Muhibbudin bermaksud Pengasih agama. Muslihuddin bermakna Pemulih agama. Muhyiddin bermaksud Yang Menghidupkan Agama.
Mahiaddin Yassin sejak dahulu dikenali sebagai Muhyiddin Yassin. Kata nama bermakna Yang Menghidupkan Agama. Dan nama itu tidak dibawa sebarangan. Muhyiddin dikenali sebagai individu yang kuat pegangan agamanya. Alhamdulillah satu nikmat bagi semua miliki pemimpin begini.
Berlatarbelakangkan keluarga ulama dia tidak pernah leka dengan dunia dan memisahkan agama dalam kepimpinannya. Dalam apa jua agama menyeru ke arah kebaikan.
Dan kepatuhan kepada agama menjadikan seseorang akan bertambah baik dari hari ke hari. Kita juga berdoa agar semua kita sentiasa ke arah itu. Begitu juga harapan kita terhadap Muhyiddin.
Sesibuk mana dia bekerja dia tidak lupakan tanggungjawabnya sebagai muslim. Waima dalam tugasan atau di rumah. Kepimpinannya jelas tidak membelakangkan agama. Setiap langkah tindakannya pasti dengan doa agar mendapat pertolongan Allah.
Di rumah dia kepalai solat untuk keluarga. Seperti tanggungjawab seorang ketua keluarga serupa rakyat lain. Tiada yang istimewa jawatannya jika gagal memimpin keluarga. Dalam tugas batas agama dijaganya rapi. Dalam kepalai keluarga tanggungjawabnya terhadap agama juga dijaga untuk keluarga.
Sebab itu dapat kita lihat betapa tenangnya Muhyiddin dalam setiap keadaan. Kebergantungannya kepada tawakal Allah jelas banyak membantu Muhyiddin memimpin kita dan negara.
Beliau banyak merendah diri dalam setiap tindakan. Terus bekerja dan bekerja dalam senyap. Kurang bercakap dan kurang timbulkan kontroversi. Fokusnya adalah amanah Allah yang besar membawa rakyat dan negara ke arah yang sepatutnya.
Amanah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul. Tambahan sebagai pemimpin negara di kala pandemik ini. Hebat bagaimana pun kita, tidak akan berjaya apa sahaja usaha tanpa izin Allah. Kebergantungan kita wajib atas kehendak Allah. Kita hanya mampu merancang. Dan pemimpin yang baik adalah yang sentiasa di jalan Allah.
Hingga saat ini sikap dan cara kerjanya disukai rakyat. Penuh tenang dan cepat bertindak. Tambahan dalam keadaan Covid-19 ini pancaroba dan dugaan memimpin bukan perkara mudah. Ujian besar buat semua. Tambahan baginya yang menjadi kepala pimpinan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: โSetiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertang-gungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Muhyiddin setakat hari ini terbukti sangat bertanggungjawab. Apa terjadi sekalipun rakyat tetap menjadi tajuk utama.
Doa rakyat juga sentiasa bersamanya. Dalam keadaan ini yang bagusnya rakyat Malaysia adalah ramai rasional meletakkan kepentingan negara melebihi politik dalam melihat situasi. Sebagai yang memimpin, Muhyiddin sentiasa mendoakan rakyatnya.
Begitu juga rakyat yang sentiasa mendoakan agar Muhyiddin dipermudahkan segala urusannya sebagai pemimpin negara. Ini yang jarang berlaku dalam kepimpinan sebelum ini. Maknanya rakyat makin bijak dan matang melihat situasi. Buruk baik bagaimanapun ini negara kita. Selesaikan dahulu apa yang paling penting. Demi negara demi semua. Selagi di jalan yang betul, doa rakyat pasti bersamanya.
Sudah pasti Muhyiddin juga sentiasa mendoakan semua kita. Dapat kita lihat dalam kebanyakan perutusan atau majlis tidak pernah lekang doanya untuk rakyat dan negara. Betapa tinggi nilai kasih sayangnya kepada semua.
โ ุฎูููุงุฑู ุฃูุฆูู
ููุชูููู
ู ุงูููุฐููู ุชูุญูุจููููููู
ูููุญุจููููููู
ุ ูุชูุตููููููู ุนููููููู
ูููุตููููููู ุนููููููู
ู
โูุดูุฑูุงุฑู ุฃูุฆู
ููุชูููู
ุงูููุฐููู ุชูุจูุบูุถููููููู
ูููุจูุบูุถููููููู
ูุ ูุชูููุนููููููููู
ู ููููููุนููููููููู
ู
''Sebaik-baik pemimpin negara kalian adalah mereka yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian. Mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pejabat negara kalian adalah mereka yang kalian benci dan mereka membenci kalian. Kalian melaknat mereka dan mereka juga melaknat kalian.'' (HR Muslim).
Inilah Muhyiddin. Kita bicara dengan hati. Kita mengukur dengan mata dan akal. Dalam senyap sebenarnya kita punyai insan yang Allah kurniakan serasi dengan rakyat dan cocok dengan situasi. Syukur Ya Allah.
Dugaan dan ujian kuasa Allah yang Maha Esa. Dugaan bagi Muhyiddin, memimpin dalam keadaan sekarang. Ujian bagi kita p**a adalah berdepan pandemik yang menggangu kehidupan seluruh rakyat.
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita dan Muhyiddin. Selagi Muhyiddin di jalan yang benar kita wajib mendoakan perjalanan kepimpinannya.
Bila rakyat mendoakan pemimpin yang dikasihi dan dicintainya, tentulah dia berhasil melaksanakan tugas, menjaga amanat dan keperibadiannya akan menjadi contoh yang baik. Bila rakyat telah redha dengan pimpinan, mudahlah p**a meraih redha dari Allah SWT, sekaligus keredhaan kepada seluruh negara. Itu sifir logiknya bab keredhaan. Kita saling berkaitan.
Kesimp**annya, Setiap yang berlaku atas redha Yang Maha Kuasa. Kami memohon keredhaanmu Ya Allah. Berilah kekuatan kepada Muhyiddin dan kami dalam mendepani ujianMU ini. Amin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ipoh