Perbadanan Menteri Besar Perak
Perbadanan Menteri Besar Perak ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Menteri Besar 1951. Bertindak sebagai peneraju industri mineral negeri Perak.
08/06/2026
π¦ππ¦π πππππ§ π¨π₯π¨π¦ πππ₯ππππ§ππ‘ ππ¦π¨-ππ¦π¨ πππππ π¦ππ¦π§ππ π£ππ£ππ‘ π£ππ π¨ππ πππππ π§πππππ‘ πππ§π¨π ππ¨πππ§ π‘ππππ₯π (πππ)
Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui anak syarikat milik penuhnya Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd (3P), telah mengambil bahagian dalam Sesi Libat Urus Berkaitan Isu-Isu Dalam Sistem Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard, AGD), hari ini.
Sesi tersebut merupakan platform perbincangan yang terarah kepada pembentangan status tindakan susulan, pemantauan tadbir urus serta komitmen organisasi terhadap penambahbaikan yang berterusan.
Hadir sama ialah Ketua Audit Negara, YBhg. Datoβ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datoβ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datoβ Azmir Shah bin Zainal Abidin; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
3P telah terlibat secara langsung dengan membentangkan perkara-perkara berkaitan serta mengambil tindakan susulan laporan Ketua Audit Negara, sekaligus membuktikan bahawa amalan tadbir urus, pematuhan dan pelaporan 3P selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri.
MB Inc. Perak merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Audit Negara dan Bahagian Audit dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atas segala panduan, kerjasama dan sesi libat urus bersama yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh pengauditan ini.
Kredit Foto : Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Level 16 Techno Trade Center, Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
Ipoh
30020
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |