Tok REN Bart

Tok REN Bart

Share

Badlisyah @ Bart Ejen Hartanah Perak yang berdaftar dan terlatih untuk membantu anda untuk memiliki

24/12/2021

BOLEH KE PEMBELI BATALKAN SPA KERANA RUMAH TERSEBUT DILANDA MUSIBAH BANJIR?
Lewat malam tadi, Coach diajukan soalan berkenaan perkara di atas. Untuk menjawab persoalan ini, Pembeli perlu melihat perkara-perkara PENTING seperti berikut:
1) apakah terma yang terkandung dalam Booking Form yg ditandatangani dengan Ejen,
2) apakah terma yang terkandung dalam S&P Agreement (SPA),
3) apakah terma yang terkandung dalam Letter of Offer / Loan Agreement,
4) mengenalpasti tahap kerosakan yang dialami sama ada ia mengakibatkan rumah tersebut tidak selamat di duduki (struktur rosak, tanah mendap dsb),
5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan keadaan rumah tersebut (insurans bencana yang telah diambil oleh penjual, CCC / CF yang telah dikeluarkan oleh PBT dsb)
Jadi, Pembeli perlu rujuk dengan peguam yang mengendalikan kes SPA dan Loan Agreement nya untuk dapatkan kepastian tentang hal-hal di atas dulu.
General rule nya, jika ada klausa di dalam SPA yang menyatakan bahawa Perjanjian Jual-Beli boleh dibatalkan sekiranya berlaku bencana (termasuk kebakaran atau banjir dsb) yang mengakibatkan KEROSAKAN TERUK rumah tersebut sehingga menyebabkan rumah itu TIDAK SELAMAT untuk didiami lagi (NOT FIT FOR OCCUPATION) dan kerosakan tersebut tidak dapat diperbetulkan oleh penjual (NOT RECTIFIABLE) sebelum bayaran penuh baki harga jual dilepaskan kepada penjual oleh pembeli, maka pembeli boleh atas budibicara nya membatalkan perjanjian SPA dengan menghantar Notis kepada Penjual.
Sekiranya ini berlaku, maka Penjual perlu memulangkan Baki Deposit yang telah Penjual / Peguam Penjual terima kepada Pembeli.
Namun demikian, jika kerosakan yang berlaku adalah kecil, bersifat "minor" dan tidak mencacatkan struktur rumah tersebut dan ia masih boleh didiami dengan selamat, maka jika Pembeli ingin batalkan juga pembelian, Penjual berhak untuk FORFEIT keseluruhan Wang Deposit yang telah dibayar. Kos yang penjual keluarkan berkaitan dengan proses jual-beli juga mungkin boleh dituntut oleh Penjual daripada Pembeli.
Tetapi, dalam hal sedemikian, Coach nasihatkan agar Pembeli tadi bersabar dulu dan tidak mengeruhkan lagi keadaan dan menambah penderitaan yang dialami oleh Penjual.
Sebaiknya, kita bersimpati dengan keadaan yang Penjual alami dan BANTULAH Penjual untuk meringankan beban yang ditanggung nya.
Setelah keadaan reda, bawa-bawalah berbincang berkenaan perkara yang dinyatakan di atas dan pastikan terma yang terkandung dalam perjanjian dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
*Kredit kepada Coach Aizac, Founder Hartanah dan Anda, penulis asal posting ini*

Cara Kira DSR - Debt Service Ratio ⋆ Rekemen MY 16/12/2021

🔥Apa itu DSR?🔥

DSR adalah peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan. DSR ini ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Secara umumnya BNM menetapkan DSR pada kadar maksimum 70%. Namun begitu, kadar peratusan ini mungkin berbeza mengikut bank. Ada bank menetapkan 80%, ada 75% dan ada juga 65% sahaja.

Walaubagaimanapun, peratusan DSR yang terbaik adalah 70% kebawah. Jika peratusan DSR anda kurang daripdata 70%, keberangkalian permohonan baru pinjaman anda akan diluluskan.

Formula DSR

DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100

Nota: Hutang yang masuk dalam CCRIS. Contohnya, kereta, rumah, pinjaman peribadi, PTPTN, kad kredit dan lain-lain hutang. Kalau hutang dengan kawan tak masuk ya 😛

Contoh Pengiraan DSR

(1) Pendapatan Bulanan Bersih = RM3,000
Komitment Hutang Bulanan:
Kereta = RM500
PTPTN = RM150
Pinjaman Peribadi = RM200
(2) Kad Kredit = RM50
Jumlah Komitmen Hutang Bulanan = RM900

Nak kira berapakah DSR anda, masuk pautan di bawah untuk kalkulator DSR yang mudah digunakan:

https://www.rekemen.my/info/cara-kira-dsr-debt-service-ratio/

*Kredit kepada rekemen.my atas perkongsian info.
Kredit kepada Coach Aizac, Founder Hartanah dan Anda, penulis asal posting ini*

Cara Kira DSR - Debt Service Ratio ⋆ Rekemen MY Sebelum anda membuat pengiraan Debt Service Ratio (DSR), apa kata anda fahami serba sedikit tentang DSR terlebih dahulu.  Kalkulator DSR ada di bawah artikel ini atau boleh download apps di sini: iKira Kalkulator (Android) atau iKira (iOS)  Apa itu DSR? DSR adalah peratusan jumlah komitmen hutang ...

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh
30450