Heat Shield Solution

Heat Shield Solution

Share

The most effective heat insulation material in the market. Comes with 7 - 20 years warranty. Tested a

22/05/2026

Siri 53: Ralat dalam pembinaan - tolehan terakhir

Tolehan terakhir penting untuk memastikan kerja kita buat ditutup dengan baik serta segala peralatan kerja disimpan semula dan tidak tertinggal di tempat kerja. Kes ini adalah berkenaan dengan atap genting yang dipercayai lupa ditutup kerana perlu menyiapkan kerja menukar atap genting yang rosak dengan secepat mungkin dalam keadaan cuaca yang mendung.

Atas faktor had masa yang terhad disebabkan keadaan cuaca yang buruk, menyebabkan tukang akan membuat semakan serta tukar atap genting secepat mungkin sebelum hujan. Ini adalah kerana apabila hujan turun, risiko jatuh akibat tergelincir amat tinggi kerana permukaan atap genting yang penuh dengan lumut. Maka untuk mengelakkan kerja yang sedikit tetapi perlu pergi 2 kali, maka tukang sering-kali perlu siapkan kerja secepat mungkin. Namun pandangan ataupun tolehan terakhir sebelum turun dari siling ataupun meninggalkan tempat kerja amat penting untuk mengelakkan keadaan seperti ini dari berlaku.

Selain daripada itu, fokus kerja turut penting untuk memastikan keselamatan semasa kerja serta kerja dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Lee Wai Wan

17/05/2026

Siri 51: Ralat dalam pembinaan - Karat

Karat pada permukaan bumbung jenis metal deck boleh disebabkan oleh faktor kualiti bahan yang digunakan serta faktor luaran. Faktor luaran yang boleh menyebabkan bumbung metal deck berkarat adalah rangka kompressor pendingin hawa yang tidak tahan karat. Air karat yang mengalir pada permukaan metal deck p**a akan menyebabkan permukaan metal deck jenis Zincalume yang dipasang pada tahun 2022 mula berkarat di bahagian atas.

Sekiranya tindakan tidak diambil untuk mengecat rangka kompressor, maka tidak hairan 1 hari nanti kompressor itu akan jatuh ke atas metal deck.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memasang pendingin hawa, minta tukang untuk upgrade rangka yang dipasang pada jenis stainless steel kerana ia tidak begitu mudah berkarat serta tidak akan mengotorkan permukaan dinding anda.

Lee Wai Wan

15/05/2026

Tidak mahu ketinggalan

Want your business to be the top-listed Contractor in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


251A, Jalan Silibin, Taman Alkaff
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00