PERHEBAT Negeri Perak

PERHEBAT Negeri Perak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERHEBAT Negeri Perak, Armed forces, No 9 & 9A, Laluan Tasek Timur 3, Taman Tasek Indra, Ipoh.

Photos from PERHEBAT Negeri Perak's post 06/05/2026

Lawatan Pendedahan ke Kitchen Garden dan MyaFarish Farm

Pada 29 April 2026, satu lawatan telah diadakan ke Kitchen Garden iaitu sebuah kawasan penternakan ayam penelur dan projek pertanian bandar yang diusahakan oleh seorang veteran TLDM, En Hamdan Ahmad Sapli bersama anaknya. Lawatan ini memberi pendedahan tentang bagaimana pengalaman, disiplin dan semangat juang bekas anggota tentera dapat diterjemahkan ke dalam bidang agromakanan dan keusahawanan moden. Projek ini bukan sahaja menumpukan kepada pengeluaran telur dan hasil pertanian segar, malah turut membuktikan bahawa konsep pertanian dalam bandar mampu menjana pendapatan serta menyumbang kepada keselamatan makanan komuniti setempat. Pelatih juga didedahkan dengan kaedah pengurusan ternakan, penjagaan kebersihan, penggunaan ruang secara optimum serta cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan pertanian bandar secara mampan.

Seterusnya, pada 6 Mei 2026, lawatan diteruskan ke MyaFarish Farm yang merupakan sebuah pusat penternakan lembu tempatan yang diusahakan oleh En Mohd Farish Ahmad, seorang anak muda Melayu yang berwawasan. Lawatan ini memberi inspirasi kepada pelatih tentang potensi besar sektor penternakan sebagai bidang ekonomi yang mampu berkembang sekiranya diurus secara sistematik dan berdaya maju. Pelatih berpeluang melihat sendiri proses penjagaan lembu, pengurusan makanan ternakan, penyelenggaraan kandang serta aspek kesihatan haiwan yang menjadi faktor penting dalam memastikan kualiti penternakan. Selain itu, lawatan ini turut membuka minda pelatih mengenai peranan generasi muda dalam memodenkan sektor agroternakan serta membuktikan bahawa bidang pertanian dan penternakan mampu menjadi kerjaya profesional yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

Semoga lawatan ke Kitchen Garden dan Myafarish Farm sedikit sebanyak dapat membuka minda Pelatih PLBV Lumut Siri 2/2026 tentang peluang dan potensi yang boleh diterokai dalam bidang pertanian, penternakan, agromakanan dan keusahawanan.

Photos from PERHEBAT Negeri Perak's post 12/02/2026

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝗕𝗘𝗥𝗘𝗚𝗨 𝟑 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐔 𝐏𝐋𝐁𝐕 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Tempat : Arena Badminton Stadium Perak
Tarikh : 11 Feb 2026.
Masa : 02.00 Petang - 05.00 Petang.
Hari : Rabu

Penglibatan:
1. Pengurusan PERHEBAT Negeri Perak
2. Pelatih Siri 4/2025 & Siri 1/2026
3. PLBV Ipoh, PLBV Taiping dan PLBV Lumut

Kejohanan badminton beregu tiga penjuru yang julung kali diadakan ini telah melibatkan pasukan dari PLBV Ipoh, PLBV Taiping dan PLBV Lumut. Setiap pasukan menghantar tiga pair beregu dan akan berlawan dua perlawanan secara "round robin". Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelatih serta pengurusan disamping memberi pendedahan dan pengalaman perlawanan sebenar kepada para pemain. Selain itu, kejohanan ini juga untuk memberi rasa semangat persaingan yang sihat dan mencipta kenangan manis sebelum tamat kursus latihan peralihan dan tamat perkhidmatan.

Kejohanan badminton beregu tiga penjuru ini telah dimenangi oleh PLBV Ipoh dengan mata 6, diikuti PLBV Lumut dengan mata 3, serta PLBV Taiping dengan mata 0. Pemain dihadiahkan dengan sekalung medal, hamper serta Johan akan membawa pulang piala pusingan Kejohanan.

Tidak dilupakan jasa veteran yang sudi menyumbang bagi menjayakan kejohana badminton beregu tiga penjuru ini. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada Dato Johnson (Veteran Vending Mesin), Puan Shafinaz ( Veteran Suprise Bouquet), En Rizal (Veteran Dobi), En Amir (Veteran PhotoBooth), En Fadgli (Veteran Bakery).

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berlangsung dalam suasana yang harmoni, kompetitif dan penuh semangat kesukanan. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh kerjasama antara PERHEBAT Negeri Perak.

Photos from PERHEBAT Negeri Perak's post 26/11/2025

|𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀|

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: 𝐏𝐋𝐁𝐕 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠

PLBV Taiping telah menerima kunjungan daripada agensi Koperasi Tentera cawangan Negeri Perak untuk memberi taklimat mengenai agensi mereka. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Wardah

Puan Rashidah wakil dari Koperasi Tentera cawangan Negeri Perak.
Semua pelatih dari SIRI 4/2025 di PLBV Taiping terlibat semasa sesi taklimat ini. Banyak info yang telah dikongsi oleh Cik Wardah mengenai manfaat pencarum sekarang dan selepas bersara nanti.

Semoga semua info dimaanfaatkan oleh semua pelatih.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 9 & 9A, Laluan Tasek Timur 3, Taman Tasek Indra
Ipoh
31400