Peraktastic
Tabloid digital suara hati rakyat & komuniti disampaikan secara padat, ringkas & berinformasi.
06/06/2026
Mohd Alwi, anak kelahiran Pusing kini Ketua Polis Perak
Oleh : Zaki Salleh
IPOH : Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu sekali gus menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan polis.
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.
Mohd Alwi menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Berusia 58 tahun, beliau yang berasal dari Pusing telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
Antara jawatan lain yang pernah disandang adalah sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman.
Manakala Noor Hisham p**a telah menjawat sebagai Ketua Polis Perak lebih setahun bermula 17 Februari tahun lalu.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dan mempunyai latar belakang operasi dalam pasukan 69 Komando (VAT69).
Terdahulu, majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis di sini.
Majlis ini mempunyai signifikan tersendiri apabila Mohd Yusri juga pernah menjadi Ketua Polis Perak pada Ogos 2022 hingga Jun 2024.
05/06/2026
Tangkap lembu, kerbau merayau setiap minggu tanpa notis, kemudian lelong
BATU GAJAH: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) akan menjalankan operasi penangkapan lembu dan kerbau yang merayau setiap minggu tanpa sebarang notis dan hasil tangkapan akan dilelong.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan diadakan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Steven Tiw Tee Siang dan Jabatan Penguatkuasa MDBG.
Menurut Steven, ia penting kerana isu lembu dan kerbau merayau di kawasan DUN Tronoh yang semakin tidak terkawal.
Tegasnya lagi, kepada penternak yang melepaskan lembu dan kerbau selepas ini, tidak perlu untuk salahkan mana-mana jika tindakan itu diambil memandangkan ia sudah banyak kali mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk khususnya risiko kemalangan.
"Daripada hasil perbincangan, bagi menangani masalah tersebut, MDBG akan menjalankan operasi penangkapan lembu dan kerbau yang merayau setiap minggu tanpa sebarang notis dan hasil tangkapan akan dilelongkan.
"Dokumen tersebut merupakan satu kertas kerja bagi inisiatif yang bakal dilaksanakan adalah orang awam bersama JPKK akan diberi kuasa untuk penangkapan lembu dan kerbau yang merayau.
"Kita akan terus beri perhatian berkenaan isu ini. Semoga menerima kerjasama daripada semua pihak," katanya.
05/06/2026
Giat buat persediaan Larian Solidariti 250km Bawa Suara DAK ke Parlimen
Oleh : Zaki Salleh
IPOH : Persediaan untuk melakukan larian solidariti sejauh 250 kilometer dari Taiping ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) giat dijalankan.
Larian tersebut akan dilakukan oleh Wakil Sekretariat Solidariti Bersama DAK, Neow Choo Seong.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai masa depan ketiga-tiga gajah berkenaan yang kini menjadi perhatian pelbagai pihak.
Neow yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri II merangkap Ketua Penerangan Pemuda MCA memberitahu larian bermula pada 17 Jun hingga 22 Jun.
Larian selama enam hari itu akan melalui Ipoh, Kampar, Tapah, Tanjung Malim dan Sungai Buloh sebelum berakhir di Parlimen.
Menurut beliau, perjuangan tersebut bukan sekadar membabitkan tiga ekor gajah, malah melambangkan nilai kemanusiaan, belas ihsan dan tanggungjawab dalam memelihara khazanah negara.
Beliau berkata, Dara, Amoi dan Kelat tidak mampu menyuarakan nasib mereka sendiri, justeru masyarakat perlu menjadi suara kepada haiwan berkenaan.
Tambahnya, terdapat kebimbangan bahawa DAK berkemungkinan terus hidup dalam kurungan untuk tempoh yang panjang jika tiada usaha berterusan dilakukan bagi membela nasib mereka.
Neow berharap setiap kilometer yang ditempuhi dapat menjadi simbol harapan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap misi berkenaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada kempen demi masa depan Dara, Amoi dan Kelat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Ipoh