Jabatan Mufti Negeri Perak

Jabatan Mufti Negeri Perak

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan M***i Negeri Perak
https://t.me/muftiperak (Telegram)

27/05/2026

📢 Peluang Semak Arah Kiblat dengan Kaedah Istiwa A’dzam 2026

Umat Islam disarankan mengambil peluang menyemak arah kiblat pada:

🗓️ 28 Mei 2026 — 5.16 petang
🗓️ 16 Julai 2026 — 5.28 petang

Gunakan bayang matahari pada waktu tersebut bagi memastikan ketepatan arah kiblat di rumah dan premis masing-masing. ☀️🧭

26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Aidiladha merupakan hari yang penuh keberkatan dan penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan kepada Allah SWT. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi lambang agung kepatuhan serta keyakinan yang tinggi terhadap perintah Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar Aidiladha dengan memperkukuhkan semangat ukhuwah, saling membantu serta memperbanyakkan amal kebajikan dan pengorbanan demi agama, bangsa dan masyarakat.

Firman Allah SWT:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu."
(Surah al-Hajj: 34)

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh umat Islam.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Jabatan M***i Negeri Perak

***iNegeriPerak

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Aras 6 Menara SSM Perak, Jalan Basco Kepayang 1, Basco Avenue
Ipoh
31400