KPDN-Perak

KPDN-Perak

Share

Menyebarkan maklumat isu semasa KPDN Perak

Photos from KPDN-Perak's post 15/05/2026

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil KPDN Perak Eratkan Ukhwah Warga Kerja

IPOH, 15 Mei – Suasana penuh khusyuk dan harmoni menyelubungi Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak yang telah berlangsung dengan kehadiran pegawai dan kakitangan daripada pelbagai seksyen.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Dato' Kamalludin Bin Ismail Pengarah KPDN Perak serta Tuan Mohamad Kamarol Bin Mat Nor KPPN KPDN Perak.

Program yang diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah sesama warga kerja di samping memupuk nilai kerohanian serta kebersamaan dalam kalangan kakitangan jabatan.

Dalam ucapan dan nasihat yang disampaikan, Dato’ Kamalludin mengingatkan semua warga kerja agar sentiasa mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. Beliau menegaskan bahawa setiap ujian kesihatan yang dialami mempunyai hikmah tersendiri.

“Sedikit demi sedikit nikmat kesihatan boleh ditarik oleh Allah SWT. Setiap ujian itu pasti ada hikmah untuk meningkatkan darjat seorang hamba disisi Allah swt. Oleh itu, jagalah kesihatan dengan sebaiknya supaya sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Selain itu, turut dikongsikan peringatan berkaitan tiga amalan yang berterusan pahalanya walaupun seseorang telah meninggal dunia iaitu sedekah jariah, amal soleh yang memberi manfaat serta doa daripada anak yang soleh.

Majlis turut menyeru seluruh warga kerja agar terus memperbanyakkan doa bukan sahaja untuk kesihatan diri sendiri, malah untuk sahabat-handai serta ahli keluarga sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat terus menjadi medium penyatuan dan pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan warga KPDN Perak, selaras dengan usaha melahirkan persekitaran kerja yang harmoni, prihatin dan berintegriti.

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

KPDN MANJUNG TERUS PROAKTIF LINDUNGI HAK PENGGUNA

SITIAWAN | 14 Mei 2026 - KPDN Cawangan Manjung terus giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di sekitar premis perniagaan bagi memastikan urusan perdagangan berlangsung dalam keadaan terkawal, telus dan mematuhi peraturan semasa.

Operasi yang dijalankan melibatkan pemeriksaan di pasar awam, kedai runcit dan premis pemborong dengan penekanan terhadap aspek penandaan harga, penggunaan alat timbang yang diperakui serta pematuhan harga jualan minyak masak sawit tulen kemasan botol.

Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain memberikan kerjasama baik kepada pasukan penguat kuasa sepanjang operasi berlangsung.

KPDN Manjung akan terus memperkukuh aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan barangan mencukupi, harga kekal stabil serta kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05 – 241 4611 (KPDN Perak)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn_perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/

Want your business to be the top-listed Business in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 02:45 - 05:00
08:00 - 05:00