Perkim Negeri Perak

Perkim Negeri Perak

Share

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Perak

Photos from PERKIM Kebangsaan's post 04/06/2026

Alhamdulillah 🤲
Tuan Haji Meor Harun Bin Meor Osman, Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Perak turut menyertai mesyuarat tersebut secara dalam talian.
Moga segala yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat itu mendapat kata sepakat dan redhaNYA jua.

Photos from Perkim Negeri Perak's post 28/05/2026

Khamis,28/05/2026.
PERKIM Cawangan Batang Padang memberi sumbangan agihan daging korban Kepada asnaf zakat dalam kalangan masyarakat orang Asli di Kampung Orang Asli Senta,Bidor.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Mahadee Bin Ramli, Pengerusi PERKIM Cawangan Batang Padang sendiri kepada para orang Asli yang terbabit.

Photos from Perkim Negeri Perak's post 28/05/2026

Khamis,28/05/2026.
PERKIM Zon 3, mengadakan Ibadah Korban bertempat di Kg Paya Ara, Beruas, Perak.

Turut hadir dan membantu dalam program tersebut ialah :
Pengerusi Perkim Zon 3,Haji Abdul Razak Bin Majid.
Setiausaha Zon 3,Haji Mustafa al-Basree.
Bendahari Zon 3,Puan Noraini Binti Adan.
Ketua Wanita PERKIM Bahagian Negeri Perak, Datin Hajah Normala Binti Mat Zin.
Beberapa orang lagi ahli ahli perkim Zon 3 termasuklah Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Perak, A.F. Ustaz Muhammad Ariff Bin Abdul Aziz.

Turut hadir juga beberapa pimpinan PERKIM Cawangan Ipoh, iaitu Pengerusi Wanita PERKIM Cawangan Ipoh dan ahli 2 Wanita PERKIM Cawangan Ipoh.

Program Korban yang bermula jam 8 pagi dan berakhir dengan Jamuan makan tengahari dalam jam 12:15 tengahari.

26/05/2026
24/05/2026

Ayuh sama2 kita amalkan untuk peroleh barakah dan rahmah sempena bulan Zulhijjah yang penuh fadhilah 💚💚💚

Photos from Perkim Negeri Perak's post 18/05/2026

Perjumpaan barisan AJK PERKIM Bahagian Negeri Perak yang diketuai oleh Tuan Haji Meor Harun Bin Haji Meor Osman, Setiausaha PERKIM Bahagian Negeri Perak dengan cadangan Penaja untuk menubuhkan PERKIM Cawangan Gerik di Restoran Tanduk Rusa, Gerik.

PERKIM Cawangan Gerik ialah Cawangan bongsu dalam PERKIM Bahagian Negeri Perak.
Alhamdulillah,setakat ini,sudah ada 24 Cawangan kesemuanya.

Photos from PERKIM Kebangsaan's post 17/05/2026

Alhamdulillah 🤲

Selesai Program Bersama dengan Orang Asli,Kampung Jalong,Sungai Siput,Perak.
Moga Allah SWT rahmati segala kebaikan dan pengorbanan dari semua pihak yang terlibat selama 3 Hari 2 malam ini.
Amatlah diharapkan bahawa program semisal ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang di Kampung Orang Asli di Negeri Perak yang lain p**a demi menyebar kebaikan dan dakwah buat masyarakat orang Asli setempat.

Photos from PERKIM Kebangsaan's post 16/05/2026

Alhamdulillah 🤲

Program Kemasyarakatan yang melibatkan PERKIM Kebangsaan,PERKIM Bahagian Negeri Perak,JAKOA dan JAIPk ini turut disertai oleh A.F. Ustaz Muhammad Ariff Bin Abdul Aziz, Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Perak dan Encik Muhammad Haniwaran Bin G.Retnasamy,Pembantu Tadbir PERKIM Bahagian Negeri Perak.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


PERKIM BAHAGIAN NEGERI PERAK No. 53A, Wisma PERKIM Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya
Ipoh
30100