Tips ASB
berkongsi tips2 genius asb
08/02/2022
Dividen ASB 5% Dapat Hasilkan Keuntungan Lebih 30% Melalui ASB Financing
=================================
Kredit~Mustakim Kadir
Ramai yang merungut simpanan ASB sekarang dah tak untung macam dulu-dulu. Betul ke? Sebenarnya jika kita faham dan tahu kaedah yang betul, kita masih boleh buat untung yang banyak walaupun dividen ASB sekitar 5% sahaja. Dengan kaedah yang betul, dividen ASB 5% boleh dapat hasilkan keuntungan sehingga lebih 30%.
*ASB BIASA*
Jika kita ada cash RM9,240 dan disimpan di dalam akaun ASB biasa selama setahun, kita akan dapat :
Simpanan = RM9,240
Dividen = 5% × 9,240 = RM462
Total = RM9,702 ✅
*ASB FINANCING*
Jika kita ada cash RM9,240, kita boleh tukarkan kepada sijil ASB bernilai RM200K.
Buat tempoh maksimum 40 tahun dan berhenti pada bila-bila masa yang kita rancang.
Ini supaya kita dapat nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil.
Semakin besar nilai sijil, semakin banyak dividen yang kita dapat.
Contoh pengiraan setahun :
⭕ ASBF200K
⭕ Rate 3.45%
⭕ Tempoh Maksimum 40 tahun
⭕ Bayaran bulanan RM770
⭕ Bayaran setahun RM9240
Dividen = 5% x 200,000 = RM10,000
Principal = 200,000 - 197,720 = RM2,280
Total = 10,000 + 2,280 = RM12,280 ✅
Keuntungan selepas setahun :
12,280 - 9,240 = RM3,040
Peratus keuntungan setahun :
3,040 ÷ 9,240 × 100 = 32.90% ✅✅✅
Maka jika buat ASBF dengan cara betul untuk memaksimumkan keuntungan, dengan dividen ASB 5%, kita dapat hasilkan keuntungan sehingga 32.90%.
Untung lebih 6 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.
Contoh perbandingan ini hanya untuk kiraan gameplan setahun.
Sebaiknya simpanlah lebih lama supaya hasil keuntungan berganda.
Principal ASBF hanya akan dapat jika kita terminate/jual sijil ASB.
Jika dibiarkan lagi lama, semakin banyak nilai principal terkumpul sebab hutang ASBF semakin berkurang.
*** Kiraan ilustrasi di atas ialah dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana bank dan PNB.
Pengiraan adalah berdasarkan andaian dividen dan bonus ASB 5% setiap tahun dan kadar keuntungan bank 3.45%.
15/07/2021
Beli Rumah Ikut Kemampuan
======================
kredit~mustakimkadir
1️⃣ Bila nak beli rumah, bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja.
Paling penting ukur kemampuan simpanan semasa kita.
2️⃣ Nak beli rumah harga sekitar RM154k, ansuran bulanan lebih kurang RM770 sebulan. Cuba semak semula setiap bulan mampu atau tidak kita menyimpan RM770.
3️⃣ Jika mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu.
Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu.
4️⃣ Jika was-was lagi tapi teringin sangat dah nak ada rumah sendiri, saya selalu cadangkan untuk mula melabur dalam ASB Financing.
5️⃣ Mohon pelaburan ASBF200k, ansuran bulanan RM 770.
Ambil pembiayaan tanpa takaful.
Kadar keuntungan bank 3.45%.
Ambil tempoh maksima 40 tahun.
6️⃣ Layankan tahun pertama.
Anggap saja korang dah miliki rumah pertama. Cuba bayar selama setahun ini.
7️⃣ Jika tahun pertama bayar pelaburan ASB Financing ini tanpa merana, selesa ikut poket kita then masuk tahun ke-2, boleh teruskan hajat untuk beli rumah pertama kita.
8️⃣ Pelaburan ASB Financing teruskan dengan kaedah rolling dividen sahaja.
Jika tidak, gunakan saja hasil dividen tahun pertama sebagai deposit rumah.
9️⃣ Guna konsep pairing ASB Financing supaya bila tamat tempoh pembiayaan rumah kita, aset ada, simpanan pun ada.
🔟 Jika tidak, buat pembatalan pelaburan ASB Financing supaya hutang rumah selesai lebih awal dari tempoh sepatutnya.
Masa mula bekerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform kita boleh bermula.
Unit amanah, ASB, ASBf, emas dan macam-macam lagi platform pelaburan sah yang ada di malaysia.
Menyimpan & melabur ni pun boleh menyebabkan ketagihan juga.
Kalau kita dah terbiasa & mula sedari usia muda.
Semoga bermanfaat.
0103757859
13/07/2021
Had pengeluaran melalui myASNB secara *ONLINE* bertambah dari RM500 ke RM1000 sebulan.
Cara-cara Mustakim Kadir Memaksimumkan Keuntungan ASB Financing
======================
kredit~mustakim kadir
*1️⃣ Maximum Volume ASB Financing*
Jika anda layak dan mampu, terus shoot maximum ASBF200K.
Sebabnya makin tinggi volume sijil ASB, makin tinggi dividen yang anda dapat. Dividen ASB dikira terus berdasarkan sijil ASB.
*2️⃣ ASB Financing - Islamic*
ASB Financing vs ASB Loan, Islamic vs Conventional.
Kebanyakan orang kurang berilmu macam saya dulu akan kata perbezaan hanya pada penukaran istilah 'pembiayaan' dan 'pinjaman' sahaja tapi sebenarnya banyak perbezaan antara kedua-duanya itu.
Nak tahu samada kita amik yang Islamic punya or Conventional?
Tengok detail nama loan/financing anda.
Kalau ada nama Arabic seperti *Tawarruq*, Islamic lah tu.
Kalau tulis *unit trust scheme*, maknanya conventional loan.
Kalau dah tahu conventional, sila jauhi (bagi yang beragama Islam).
Orang Islam mesti amik ASB Financing sebab tiada riba.
*3️⃣ Maximum Financing Tenure*
Nak memaksimumkan keuntungan ASB Financing kena tarik tempoh pembiayaan paling panjang.
Sebabnya ia akan mengurangkan installment tapi meningkatkan return ASB.
Sekarang kebanyakan bank ada offer tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun.
*4⃣ Lowest Rate*
Semakin rendah rate semakin rendah lah profit bank seterusnya mengurangkan installment bulanan anda.
Nilai principal yang anda akan dapat bila terminate sijil ASB juga lebih tinggi.
Sekarang ada bank yang buat promo serendah rate 3.5%.
Rugi sangat kalau anda tak rebut promo terhidang ni.
*5️⃣ No Takaful*
Buat ASB Financing bertakaful akan menambah nilai pembiayaan seterusnya meningkatkan installment bulanan.
Saya tidak s**a buat ASB Financing bertakaful kerana saya buat ASB Financing untuk investment bukan untuk protection.
Lagipun saya sudah ada takaful daripada syarikat takaful provider luar sana yang lebih BERBALOI.
Jika saya ditimpa musibah dalam tempoh pembiayaan ASB Financing, ia tidak akan membebankan waris saya pun.
ASB Financing akan auto terminate selepas 2 bulan installment bulanan tiada pembayaran atau waris boleh bawa sijil kematian kepada bank, then bank akan terminate ASB Financing tu.
*6️⃣ No Lock In Period*
Maksudnya korang akan dikenakan penalti jika korang terminate sijil ASB dalam tempoh 'lock in period' yang ditetapkan oleh bank.
Menarik untuk ASB Financing - Islamic, anda boleh terminate anytime tanpa dikenakan sebarang penalti sebab ASB Financing - Islamic tiada 'lock in period'.
26/06/2019
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ipoh