HF Rich Trading
Bantu saya untuk saya terus membantu ramai orang (IPO374328-M)
10 Cara Aktifkan GETARAN Kekayaan & Kejayaan :
1) BERSYUKUR dengan setiap nikmat Allah swt. Bukan sekadar dengan ucapan “Alhamdulillah”, tetapi dengan menggunakan nikmat dan BERKONGSI dengan orang lain.
2) Sentiasa mencari ILMU untuk muhasabah, mengenali diri dan perbaiki diri. Ilmu perniagaaan, kemahiran mahupun agama,
3) BERGAUL dengan orang POSITIF. Seperti kata hikmah yang biasa didengar 'Berkawan dengan saudagar minyak wangi pasti anda turut terpalit dengan haruman wangian'. Carilah sahabat yang membawa anda ke arah kebaikan dan kejayaan.
4) Sentiasa BERSANGKA BAIK walaupun ditimpa musibah. Setiap yang berlaku adalah ujian dan cabaran dari Allah. Jangan pertikai musibah dari Allah. Hadapi dengan ikhlas dan sabar.
5) TIDAK IRI HARI atau sakit hati dengan kejayaan orang lain. Malah wajar doakan kejayaan orang lain. Jadikan orang lain yang telah berjaya sebagai sumber Inspirasi untuk berjaya.
6) Tidak ada istilah ‘PUTUS ASA’ dalam kamus hidup. Orang yang berjaya akan akhiri apa yang telah dia mulakan sehingga berjaya.
7) Menyumbang dan memberi NILAI TAMBAH kepada masyarakat. Sentiasa membantu dan menyelesaikan masalah orang lain
😎 Sentiasa berfikiran besar dan POSITIF. Jangan sesekali menarik elemen negatif di dalam minda. Orang yang berjaya melihat dan nampak matlamat masa hadapan dengan jelas secara positif.
9) Menjaga ibu bapa dan MENGGEMBIRAKAN mereka. Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Doa ibu bapa adalah keramat. Sentiasa mohon ampun dari ibu bapa dan mohon ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya.
10) Banyakkan BERISTIQHFAR selain daripada menjaga tanggungjawab sebagai seorang muslim. Menjaga hubungan dengan Allah tanpa putus. Menjaga solat 5 waktu. Amalkan solat Dhuha kerana solat Dhuha penuh dengan rahsia kekayaan dan kesihatan. Banyakkan bersedekah. 'Tidak jatuh papa kepada golongan yang bersedekah'.
p/s : Anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat. Amin ya rabbal al amin.
- HF RICH Trading
30/11/2021
Pembaca memperoleh panduan untuk amalkan apa yang bagus untuk diri 👍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ipoh
31350