RELA Negeri Perak - Laman Rasmi

RELA Negeri Perak - Laman Rasmi

Share

Laman Rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak dikendalikan oleh Unit Media RELA Negeri Perak

01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada Pengarah, pegawai, kakitangan serta seluruh warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memayungi negara serta rakyat jelata.
Daulat Tuanku.

31/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pengarah, pegawai dan seluruh warga RELA Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua anggota RELA serta penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga hari yang mulia ini membawa sinar kedamaian, kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan kepada anda dan keluarga tercinta. Semoga nilai-nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati terus dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat demi memperkukuhkan perpaduan negara.

✨ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.
✨ Semoga berbahagia dan sejahtera selalu.

"𝐁𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐚, 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢"

31/05/2026

🎉 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 🎉

Warga RELA Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada:

🎂 PRD Mohd Anislan Abdullah (4 Mei)
🎂 SU Roslina Malek (7 Mei)
🎂 PLOG NorHashimah Hashim (18 Mei)
🎂 PPRD Mohd Aidil Mohd Rahzi (19 Mei)
🎂 KPT Fazlina Parman (23 Mei)
🎂 PT Mohd Izuddin Mohamed Zahid (22 Mei)
🎂 PRD Sri Sarathatevi AP Ananthan (25 Mei)

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah dan tugas demi agama, bangsa dan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan komitmen yang dicurahkan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), khususnya di Negeri Perak.

🎊 Selamat menyambut ulang tahun kelahiran dan semoga terus sukses selalu. 🎊

31/05/2026

🌹 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PgR. Mohd Fazil Bin Baharuddin, Pegawai RELA Daerah Sungai Siput (U), atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau bersama RELA.

Pengarah serta seluruh warga kerja RELA Negeri Perak mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

𝐉𝐚𝐬𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠.

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja RELA Negeri Perak.

25/05/2026

🎉 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 🎉

Warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

👏 PPgKR Hariz bin Noriman
👏 PPgKR Wan Rohize bin Wan Rodzali
atas kejayaan menerima:

𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐒𝐌𝐃 (𝐊𝐚𝐫𝐚𝐭𝐞) serta 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐓-𝐁𝐚𝐭𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga RELA.

Photos from RELA Negeri Perak - Laman Rasmi's post 24/05/2026

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 & 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Pengarah serta seluruh warga kerja RELA Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

PPgKR Hariz bin Noriman dan PPgKR Wan Rohize bin Wan Rodzali atas kejayaan menerima:

🥋 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐒𝐌𝐃 (𝐊𝐚𝐫𝐚𝐭𝐞)
serta
🛡️ 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐓-𝐁𝐚𝐭𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti, memperkukuhkan kemahiran latihan serta melahirkan Pegawai RELA yang berdisiplin, berwibawa dan kompeten.

𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐚𝐣𝐮 𝐣𝐚𝐲𝐚! 💪

Photos from RELA Negeri Perak - Laman Rasmi's post 19/05/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐑𝐄𝐏 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan RELA Perak (KESREP) Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 18 Mei 2026 (Isnin)
🕚 11.00 Pagi
📍 Bilik Mesyuarat Aras 2, Ibu Pejabat RELA Negeri Perak

Mesyuarat telah dipengerusikan bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan kebajikan, pembangunan sukan serta pengukuhan aktiviti warga RELA Negeri Perak bagi tahun 2026.

Turut hadir secara maya ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta wakil IPRM sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap pembangunan organisasi dan aktiviti warga RELA.

Fokus utama mesyuarat kali ini tertumpu kepada persiapan serta penyelarasan gerak kerja bagi menjayakan RELA Malaysia Fun Run 2026 sempena Program Turun Padang KDN Bersama Komuniti Perak yang akan berlangsung di Dataran Lenggong, Perak.

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk aspek pengurusan program, penyertaan, promosi, logistik serta kerjasama antara jawatankuasa bagi memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dipermudahkan dan menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan, gaya hidup sihat serta kebersamaan seluruh warga RELA dan masyarakat.

19/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦

Warga Kerja RELA Negeri Perak mengucapkan sekalung Tahniah dan Selamat Datang kepada PPgR Tuan Nor Syafiqah Binti Tuan Mohd Jamil - Penolong Pegawai RELA Daerah Kuala Kangsar yang baharu berkuatkuasa 18 Mei 2026.

Semoga kehadiran Cik puan ke RELA Negeri Perak akan terus maju jaya dan cemerlang.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Peiabat Rela Negeri Perak, Aras 2, Kompleks KDN, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Jalan Jelapang
Ipoh
30020