Cikgu Rafeah

Cikgu Rafeah

Share

MANFAAT TABUNGAN & KEWANGAN

22/04/2026

Kalau pencen cukup untuk masa tua, kenapa saya sendiri… kadang-kadang masih rasa risau bila fikir tentang persaraan?

Saya pernah duduk diam dan tanya diri sendiri.
“Betul ke cukup?”

Saya teringat satu perbualan dengan seorang pakcik. Dulu kerja tetap, ada pencen. Orang selalu cakap, “hidup dia selamat.”

Tapi bila saya jumpa dia sekarang…
setiap kali harga barang naik, dia mula berkira.
“Cukup ke sampai hujung bulan?”

Dari situ saya sedar…
isu sebenar bukan ada atau tak ada pencen.
Tapi cukup atau tidak.

Dan saya nampak ada 4 perkara yang buat saya sendiri berfikir panjang:

1. Pencen mungkin tak cukup
Saya mungkin hidup 20–30 tahun selepas bersara. Kalau pencen kecil, itu bukan lagi soal selesa…tapi soal cukup untuk teruskan hidup.

2. Pulangan makin mencabar
Dulu, simpan duit rasa berkembang.
Sekarang, nak gandakan pun ambil masa lama.

Ekonomi berubah, dan saya tak boleh bergantung pada harapan semata-mata.

3. Inflasi diam-diam kurangkan nilai duit saya. Harga barang naik setiap tahun.

Apa yang RM100 boleh beli hari ini…
mungkin jauh berkurang nilainya di masa depan.

Bukan duit saya hilang.
Tapi kuasa beli saya yang makin mengecil.

4. Risiko yang saya tak nampak
Ini yang paling buat saya berfikir.

Apa sahaja yang bergantung pada sistem…
tetap ada risiko.

Saya tak boleh kawal semua perkara.
Tapi saya boleh kawal keputusan saya.

Sebab itu saya tak mahu letak semua harapan pada satu sumber sahaja.

Saya mula fikir tentang “backup plan”.

Salah satu langkah yang saya pilih? Tukar sebahagian simpanan kepada emas.

Bukan sebab saya nak cepat kaya.
Tapi sebab saya nak lindungi apa yang saya dah kumpul.

Saya tak tunggu sempurna untuk mula.
Saya mula kecil… tapi konsisten.

Sebab saya percaya, masa depan saya terlalu berharga untuk bergantung pada satu jalan sahaja.

Rafeah Ahmad

31/03/2026

Dulu saya pun pernah tertanya-tanya… “Nak menabung emas ni, banyak mana sebenarnya ?”

Ketika itu fokus saya cuma satu , kumpul duit dalam Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera. Rasa selamat. Nombor dalam akaun makin naik, hati pun tenang.

Sampailah satu masa… saya tersedar.

Walaupun nombor tu tak berubah, nilainya sebenarnya makin mengecil.

RM10,000 dulu dengan RM10,000 sekarang dah tak sama. Barang makin mahal, duit makin “ringan”. Masa tu saya mula faham, simpan duit saja tak cukup… kena jaga nilai, bukan sekadar angka.

Sejak itu, saya ubah strategi.

Saya pastikan simpanan kecemasan 3 bulan gaji kekal dalam bentuk tunai. Tapi selebihnya, saya mula tambah simpanan dalam emas.

Target saya cukupkan sampai sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan dalam bentuk gabungan tunai dan emas.

Kenapa saya pilih emas?

Sebab walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, dalam jangka panjang emas bantu lindungi kuasa beli saya.

Saya juga pegang nasihat Tuan Azizi Ali , simpan sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan dalam emas.

Mudah je.

Kalau saya ada RM100,000, sekurang-kurangnya RM10,000 saya simpan dalam emas.

Saya tak simpan emas untuk jadi kaya cepat…
Tapi saya simpan emas supaya saya tak jadi miskin perlahan-lahan tanpa sedar.

Hari ini saya nampak jelas bezanya.

Bukan siapa ada duit paling banyak…
Tapi siapa yang lebih bersedia bila nilai duit makin jatuh.

Hari ini dah buat keputusan …

Nak tunggu lagi 5–10 tahun baru sedar?
Atau saya mula lindungi nilai harta saya, mulai hari ini?

25/03/2026

Kejatuhan harga emas hanyalah permulaan? Jika terlepas pusingan ini, mungkin takkan dapat beli pada harga rendah lagi.

Harga emas jatuh. Dalam sehari, harga emas ada susut kira-kira 4%. Hari ini harga kembali naik. Sebenarnya, penurunan ini bukan sesuatu yang pelik.

Apa yang sedang berlaku ? USD mengukuh, kadar faedah kekal tinggi (Fed tidak turunkan kadar), hasil bon AS meningkat. Bila Fed mula turunkan kadar , aset tanpa pulangan (non-yielding) seperti emas dan perak biasanya akan naik dengan ketara.

Sama seperti hujung tahun lepas, selepas Fed turunkan kadar dua kali berturut-turut, harga emas naik dari sekitar 3650 USD pada September ke 4300 USD pada Disember hujung tahun.

Ketegangan antara Iran, Israel dan AS menyebabkan harga minyak naik. Pada masa sama, hutang AS sudah melebihi 39 trilion dan terus meningkat setiap hari. Semua ini adalah faktor positif jangka panjang untuk emas, cuma dalam jangka pendek, pasaran lebih memihak kepada USD dan kadar faedah. Ini sedang berlaku.

Ke mana aliran wang pergi? Sejak konflik Iran tercetus, pasaran sebenarnya lebih takut kepada inflasi berbanding perang itu sendiri. Konflik dan ketegangan Iran-AS-Israel telah memberi tekanan dan menjejaskan bekalan makanan, minyak, gas dan tenaga lain.

Apabila bekalan tenaga terganggu, kos logistik melonjak, kos sara hidup meningkat. Emas, perak dan saham yang dijual bukan kerana ia tidak bagus, tetapi kerana sebelum ini sudah naik banyak dan ada pelabur terpaksa jual untuk tampung kerugian saham dan elakkan ‘margin call’.

Dana besar kini mengalir ke minyak, gas dan komoditi makanan (gandum, kacang soya) kerana ini adalah aset yang paling mendapat manfaat daripada inflasi.

Jadi emas bukan “jatuh teruk”, tetapi sedang melalui proses penyusunan semula dalam era inflasi tinggi.

Harga emas turun bukan bermaksud rugi… naik turun adalah normal. 100 gram emas yang anda pegang tetap 100 gram emas. Selagi tidak dijual ketika harga jatuh, kerugian sebenar tidak berlaku.

Yang penting ialah adakah kita mampu pilih masa terbaik untuk jual dan ambil keuntungan.

Kalau berminat dengan simpanan emas dengan harga rendah sekarang ini, boleh klik hubungi saya untuk dapat lebih banyak info dan ilmu emas secara percuma.
www.wasap.my/60165975420
https://mypublicgold.com/ShamAhmad

Rafeah Ahmad
Master Dealer Public Gold

21/03/2026

Harga emas jatuh dari RM764 / g kepada RM622 / g.
Peluang borong emas lebih banyak.

19/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00