Shinex
Your Shine Expert
12/12/2024
❌️ Ni bukan Water Mark. Ramai yang keliru.
Selalu masalah ni kat kereta warna putih.
Siapa sini pakai kereta putih? Betul tak?
Kalau dah jadi macam ni, siaplah. Dah basuh pun macam tak basuh je. Kusam.
Tengoklah gambar-gambar tu.
Berjalur jalur hitam tepi pintu. Sakit je mata. Sakit hati!
Basuhlah banyak-banyak kali, tonyoh ke, sental ke, memang tak hilang.
Naik give up lah dibuatnya. Stress!
❓️Kalau bukan Water Mark, benda ni apa❓️ Apa punca dia❓️ Kenapa kereta putih je jadi mangsa❓️
Ok, jom saya cerita. 👌🏻😊
Berita baiknya, masalah ni bukanlah Water Mark, sebab dia belum sampai tahap bertanda kekal & makan cat.
Tak, dia tak makan cat, dia masih di atas cat.
Ianya dipanggil Stubborn Stain atau Bahasa Melayunya kotoran degil.
Nak hilangkan dia ada caranya. Buat sendiri pun boleh, tak perlu mesin, tak perlu skil mahir pun boleh.
❓️Tapi sebelum tu, kita tengok dulu, apa punca dia❓️
Punca sebenar dia dari kotoran yang menyorok kat celah-celah getah antara pintu dengan tingkap. Kat celah plastic part, side mirror, emblem dll.
Sebab bila kita basuh kereta kan biasanya mana sampai kat celah-celah ni.
Lepas tu, bila kena hujan, lama-lama hujan tu tarik kotoran tu turun.
Sebab tu kawasan tu bertanda hitam.
Bila kita lambat basuh kereta, melekatlah dia.
Itulah dia punca sebenar.
❓️Tapi kenapa kereta putih je jadi mangsa❓️
Ok, macam ni. Konsep dia sama je macam baju putih vs baju hitam.
Kalau terkena kuah, baju mana yang lagi ketara kotornya? Baju putih la kan?
Untuk kereta pun sama.
Masalah ni kat kereta warna lain pun ada, tapi tak ketara. Kat kereta putih je dia jadi sangat menyakitkan mata. Haha
Setakat ni clear? 👌🏻😊
Kalau ada part-part yang tak clear, boleh terus tanya.
Ok, jom kita recap.
Apa masalah sebenarnya kita dah tahu. Punca dia apa semuanya pun kita dah tahu.
Ok sekarang ni, macam mana nak selesaikan masalah Stubborn Stain ni?
Kalau korang, korang buat macam mana?
Cuba cerita 👇🏻😊
06/12/2024
Ramai confuse. Ni bukan Water Mark sebenarnya.
Biasanya kereta warna putih ada masalah ni. Betul x?
Asal lambat cuci kereta je, jadi macam ni.
Dah basuh pun nampak macam tak basuh je. Kusam.
Kereta baru pun dah nampak macam kereta lama.
Berjalur-jalur je tepi pintu tu. Sakiiiit je mata!
Tapi hati lagi sakit! 😓
Tonyoh punya tonyoh, sental punya sental, pun tak hilang jugak. Naik give up lah dibuatnya.
Ni sebenarnya bukan Water Mark, sebab belum sampai tahap tinggalkan tanda kekal kat cat.
Ianya Stubborn Stain, atau kotoran degil yang perlukan cara yang betul untuk hilangkan.
Korang pernah try cara macam mana?
Nak tahu ke cara betul nak hilangkan dia? Cuba komen 😊
𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿? 𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗻𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂
15/11/2024
Bukan senang nak maintain "Rupa & Rasa" sesebuah kereta, kekal macam kereta baru.
Macam kereta ni, nak masuk tahun ke-3 dah den jaga. Dari mula coating sampai ke coating maintenance dia.
Cabaran paling utama dia bukanlah cuaca.
Tapi dari car wash tu sendiri.
Bila mana nak mudah kerja, chemical merah jadi pilihan utama. Sembur sahaja ikut s**a.
Ibarat basuh baju berwarna, tapi guna clorox. 😭
Faktor ni kita susah nak kawal. Sebab bab cucian ni kita tak handle, tak boleh nak handle.
Apa yang boleh, kita nasihatkan owner untuk 'select' atau pilih car wash yang lebih berintegriti.
Ada guna chemical merah, tu tanda 'red flag'. Elaklah.
Lagi-lagi kalau SUV, yang banyak plastic trim hitam.
Situ kalau kena, kena re-coat semula.
Nasib baik, dapat macam asal balik. Nasib tak baik, tutup jelah sebelah mata. 😅
Nak marah orang car wash tu pun susah.
Cakap sikit japgi buat-buat tak faham Bahasa Melayu.
Tapi masa promote water wax bukan main fasih.
Osah! 🤣
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
23 Jalan SP3/3, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610